Waris Kampung Semarah Padi (TV1)

In Terkini 135 views

Waris Kampung Semarah Padi

Drama bersiri Waris Kampung Semarah Padi merupakan kesinambungan kpd telefilem Kampung Semarah Padi. Drama arahan Melissa Saila ini membariskan pelakon spt Azhan Rani, Sabri Yunus, Zahiril Adzim, Pak Jabit, Imuda, Fauzuly Hamdan, Syed Zalihafe, Reen Rahim, Mona Allen, Sharifah Amani, Nadia Aqilah, dan ramai lagi. Jangan lupa saksikanya bermula 8 September ini, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 7.00 malam di TV1. 
JUDUL : WARIS KAMPUNG SEMARAH PADI
EPISOD : 26 episod 
TARIKH TAYANGAN : 8 September 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 7.00 malam
SIARAN : Slot Widuri (TV1,RTM)
PENGARAH : Melissa Saila
TERBITAN : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Sabri Yunus, Zahiril Adzim, Pak Jabit, Imuda, Fauzuly Hamdan, Syed Zalihafe, Reen Rahim, Mona Allen, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Sheila Mambo, Sharifah Amani, Zarina Zainuddin, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim, Safia Hanifah
WATAK PELAKON 
Azhan Rani sbg Wak 
Sabri Yunus sbg Tok Penghulu Siak
Zahiril Adzim sbg Bustamam Hakim
Imuda sbg Bambang Shah 
Fauzuly Hamdan sbg Ismadi Marzuki 
SINOPSIS WARIS KAMPUNG SEMARAH PADI
Kisah Tok Penghulu Siak yg terasa sunyi dan ingin menambah zuriat meluahkan hal ini kpd isterinya Mak Tanjung. Wak yg dahulu penghulu kampung itu mempunyai warung acuh tak acuh menjalankan perniagaannya. Ada orang kampung menjumpai dua rangka manusia di tepi pantai. Tok penghulu percaya itu anaknya Mariam dan suaminya Kasim. Dia minta orang kampung merahsiakan perkara itu drpada pengetahuan Mak Tanjung yg sedang berbadan dua.
Mak Tanjung meninggal dunia selepas melahirkan Melati. Tong Penghulu sedih kehilangan isterinya terus membesarkan anak mereka. Dia mengalami tekanan perasaan menyebabkan fikirannya tak waras. Dia memarahi orang kampung yg mengatakan isterinya sudah meninggal dunia.
Wak minta dr orang kampung supaya semua pindah ke tempat lain kerana berlaku bermacam-macam bencana di kampung ini tetapi penghulu berdegil. Wak dapat kerja menjaga kuda Tuan Besar Syarif. Yanti anak perempuan Tuan Syarif rela berkahwin dgn Wak drpada berkahwin dgn seorang tua pilihan ayahnya, Kamdin. Mereka keluar dr rumah besar itu dan memulakan kehidupan baru.
Wak kembali kembali meniaga nasi bungkus. Yanti dan Wak mendapat anak lelaki. Mereka kemudiannya diterima kembali oleh keluarga Yanti. Bapa mentuanya turut menawarkan Wak bekerja di syarikat miliknya namun Wak tak yakin dgn kebolehannya. Kamdin terus-terusan mengganggu mereka. Kematian ibu Yanti membuatkan suaminya tak berminat berniaga. Dia menghadiahkan hotel ‘Wak Inn’ utk diuruskan oleh Yanti dan Wak.

Carian Berkaitan

waris kg semerah padi, lirik lagu waris kampug semarak padi, lirik lagu waris kampung semarah padi, poto melati dalam drama waris semerah padi com

Tags: #Kampung #Padi #Semarah #Waris

author
Author: 
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Nantikan drama bersiri berjudul ‘Ahmad Rosli Arwahkan
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14

    Leave a reply "Waris Kampung Semarah Padi (TV1)"

    Must read×

    Top