Ulaman Masak Tempoyak

In Makanan 29 views

Ulaman Masak Tempoyak

Bahan-bahan
1 mangkuk pucuk ubi
1 mangkuk pucuk paku
1 mangkuk terung pipit
1 mangkuk petai
5 helai daun kunyit muda
5 sudu besar tempoyak
2 mangkuk santan pekat
segengam ikan bilis, cuci dan tumbuk kasar
garam dan gula secukup rasa

Pucuk ubi, pucuk paku, daun kunyit buang tangkai dan di hiris halus, cuci dan toskan.
Ulaman lain yg boleh di gunakan :  Pucuk labu, daun kadok

Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili hijau
10 tangkai cili padi hijau dan merah
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Hiris semua bahan dan kisar dgn sedikit santan hingga halus.

Cara-cara :

  1. Jerang santan, bahan kisar dan tempoyak hingga mendidih.  Masukkan ikan bilis.
  2. Kemudian masukkan terung pipit dan petai.  Biar sebentar hingga terung dan petai lembut.
  3. Masukkan pucuk paku, pucuk ubi dan daun kunyit.  Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  4. Reneh dgn api kecil hingga kuah hampir pekat

Ulaman Masak Tempoyak

Loading...

Tags: #Masak #Tempoyak #Ulaman

author
Author: 
    Roti John
    Roti John
    Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam2
    Dendeng Daging
    Dendeng Daging
    Dendeng DagingBahan-bahan1 kilo daging lembu dipotong ketulan
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta Marinara
    Penne Pasta MarinaraBahan-bahan300 g penne pastaSedikit garam100
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka
    Kerabu Buah Beka Bahan-bahan1 biji buah beka1

    Leave a reply "Ulaman Masak Tempoyak"

    Must read×

    Top