Travelog Trip London (Part 8) Day 2 – Portobello Market & Nothing Hill

by -3 views
IMG 20190204 141059 - Travelog Trip London (Part 8) Day 2 - Portobello Market & Nothing Hill

 Portobello Market & Nothing Hill

PORTOBELLO ROAD 

  • Portobello ni terkenal dgn 2 perkara 
    • Barangan Murah souveniour dan barangan antik
    • Lokasi pengambaran filem romantik Nothing Hill

Lokasi:

  • Lokasi Google Map 
  • Mat Drat cadangkan berhenti di Ladbroke Grove Station 
    • (Line CircleHammersmith City)
  • Jarak dlm 300-400 meter sahaja. Mat Drat turun di station ni.
  • Ada yg cadangkan turun di Nothing Hill Gate Station
    • (Line CircleHammersmith City)
  • Jarak jauh sedikit sahaja, dlm 800-900 meter.

Malaysian Hall
  • Kalau yg nak turun di Stastion Nothing Hill, mungkin blh rancang itinerari dgn ke Malaysia Hall sebelum atau selepas tu. 
  • Di sini, ada Malaysia Hall Canteen, nak mkn murah dan ada pilihan mknan Malaysia
  • Malaysian Hall ni hanya blh dimasuki oleh orang Malaysia sahaja, orang lain blh masuk dgn berteman orang Malaysia.
  • Boleh turun di Queenway Station, jarak dlm 400 meter sahaja.
  • Mat Drat tak singgah, sebab tu Mat Drat turun di Ladbroke Grove Station.
  • Mat Drat tak ke Malaysia Hall Canteen sebab
    • Masa tak cukup
    • Baru masuk day-2, tak rindu lagi dgn mknan Malaysia
  • Sini sebenarnya lokasi kalau nak mencari mknan halal yg murah di London.


Portobello Road Market

  • Dari pembacaan, hari sabtu paling meriah dan paling ramai peniaga. Terutama waktu pagi.
  • Mat Drat datang waktu petang hari Ahad, pun tetap meriah dan ramai orang kawasan ni.
  • Kedai-kedai pula masih dibuka, termasuk kedai souveniour yg agak murah.

Souveniour Murah

  • Portobello Road Market ni Mat Drat baca antara lokasi murah kalau nak beli souvenior. 
  • Tapi kalau setakat nak beli bawah 10, blh je beli kat mana-mana yg jumpa, tak payah ke sini. Mat Drat memang beli banyak….
  • Macam Fridge Magnet dan Kyechain, kat tempat lain, Mat Drat dlm £5=6, kat sini harga £5=7.
  • Kedai yg Mat Drat pergi ni siap blh tawar lagi. 
  • Tapi Mat Drat tak beli keychain dan fridge magnet je, banyak barang yg Mat Drat borong dgn dia.. Anak-anak punya souveniour, Mat Drat punya koleksi dan wife punya koleksi.
  • Kedai yg Mat Drat singgah ni, brother ni pernah meniaga di Johor dia kata, tapi dah lama dulu lah. Blh la cakap sikit-sikit bahasa Melayu sepatah dua kata.

Barang Antik – Banyak dan Murah

  • Bila baca lebih, jumpa info yg Portobello Road Market ni merupakan pasar barangan antik terbesar di dunia. Tak sure betul ke tak. 
  • Barangan antik ni mereka jual macam pasar karat, bukan ada kedai tetap. Jadi nak beli, kena datang awal, elakkan lewat petang.
  • Mat Drat mencari kereta Die-Cast kat sini, ala…kereta macam Hot-Wheel tu, tapi brand  dan model lama.
  • Mat Drat dapat bawak balik beberapa Die-Cast kereta model lama…. 
  • Harga pun tak mahal, puas hati beli.
  • Sekali tengok memang murah, dlm £je. Ikut kan nak je beli semua, tapi bila fikir-fikir kena darab RM5.50, tak jadi nak borong.
  • Nak beli uniform tentera lama pun ada kat sini. Mana dia orang dapat pun tak pasti, yg pasti kebanyakkan pemilik baju ni mesti dah meninggal dunia. WW1 dan WW11, rasanya dah tak ada yg hidup.



Portobello Road Market
Permulaan Portobello Road Market.
Ini kalau turun di Ladbrake Grove Station, akan bermula di sini. Kalau turun di Nothing Hill Gate Station, akan berakhir di sini

Portobello Road Market Army Uniform
Banyak juga baju-baju army kat sini, bukan tentera British je yg ada.

Portobello Road Market Army Uniform
Uniform tentera dr WW 1 pun ada, pilih mana berkenan 

Portobello Road Market Die Cast Car
Die-Cast Car

Portobello Road Market Souveniour Murah
Boleh tawar menawar dgn brader ni

Portobello Road Market Souveniour Murah
Murah barang-barang di sini

Portobello Road Market Souveniour Murah
Banyak pilihan dan murah

TripBPercutianBLondonBDayB2B25284432529 1 - Travelog Trip London (Part 8) Day 2 - Portobello Market & Nothing Hill
Souveniour team bola lagi murah beli di stadium.

TripBPercutianBLondonBDayB2B25284442529 1 - Travelog Trip London (Part 8) Day 2 - Portobello Market & Nothing Hill
Lagi murah di stadium, Semalam Mat Drat beli 15 pound, sini 18 pound
………………………………………………………………..

NOTHING HILL

  • Kawasan ni (Nothing Hill dan Portobello Road) semakin menjadi tumpuan pengunjung selepas filem romantik Nothing Hill lebih 20 thn dulu.
  • Mat Drat memang ingat dan minat filem tu. Yg ingat-ingat lupa, ni filem lakonan Julia Robert dan Hugh Grant. Artis terkenal bercinta dgn penjual kedai buku ‘travel book’.
  • View dlm filem tu pun memang cantik, dgn keadaan deretan rumah dia yg berwarna warni.
  • Nothing Hill ni blh kata bersambung dgn Portobello Road Market.


 Portobello Market & Nothing Hill
“After all, I’m just a girl, standing in front of a boy, asking him to love her.”
– Anna Scott
(ni antara script paling di ingati)
  • Orang kata view London dari sini pun cantik. Tapi Mat Drat tak sure dr mana point view tu.
  • Selepas mengimbau ‘Memory Lane’ filem / series Sherlock Holmes, Mat Drat mengimbau pula filem Nothing Hill. filem romantik yg Mat Drat minat...NOTHING HILL
  • Nothing Hill ni filem 1999, lakonan Julia Robert dan Hugh Grant, ramai yg ingat kot filem ni.
  • Ingat dah alang-alang ke Portobello Market, nak la lajak ke sini.
  • Tapi sampai dah agak lewat, Mat Drat tak sempat sebab malam nak kena kejar ke Concert Europe pulak. Tak manis pulak kalau tak pergi consert Europe kat Royal Albert Hall tu, sebab tu tujuan dia hantar Mat Drat ke sini.
  • Kalau ada yg minat sama macam Mat Drat, pergi mana-mana nak buat movie-tour sendiri, blh rujuk laman web ni 
    •  http://www.movie-locations.com/movies/n/Notting-Hill.php


2 trademark yg paling orang pergi adalah
  • The Travel Book Shop – Nothing Hill Kedai buku William Thacker (Hugh Grant) bekerja

  • House With Blue Door, Rumah William Thacker (Hugh Grant) dlm movie tu
1. The Travel Book Shop
  • Kedai dlm filem ni sebenarnya kedai gift. Tetapi kedai tu masih kekalkan signboard The Travel Book Shop
  • Kedai Bookstore Portobello berada berdekatan dgn kedai ni.
  • Jadi nak bergambar kat mana satu, tak kisah….Dua-dua akan merujuk kepada filem yg sama.
  • Lokasi :
    • Google Map Kedai Buku Sekarang – book shop
    • Google Map Gift Shop – book shop dlm filem


2. House with Blue Door
  • Rumah biru tu pulak, pun berdekatan.
  • Sekali tengok memang tak ada apa-apa pun, orang datang utkbergambar sahaja, sbg kenangan pernah sampai di lokasi filem meletup Julia Robert dan Hugh Grant.
  • Ni la rumah yg William Thacker bawa Anna Scott lepas dia tumpahkan air atas baju…
  • Lokasi :
    • Google Map Blue Door

Jom  kita imbas sikit…. filem romantik best ni.
 Portobello Market & Nothing Hill
2018 , thn lepas Hugh Grant revisit lokasi filem dia ni. Ada contest, dan pemenang diterbangkan ke sini. Tapi Mat Drat tak join la contest ni.
 Portobello Market & Nothing Hill
NO 280….
Ni video Hugh Grant promote last year
Clip 1… kalau yg nak mengimbau kenangan
Part Paling Best…Boleh nangis masa tu…
 Portobello Market & Nothing Hill
Dalam filem, ia kedai buku (nama ” The Travel Book Shop”)
 Portobello Market & Nothing Hill
Ni kedai yg Hugh Grant berlakon
 Portobello Market & Nothing Hill
Rumah di kawasan Nothing Hill


Selesai menyopping dan meronda di Portobello Road ni, Mat Drat terus balik ke hotel utk hantar barang-barang, mandi, alas perut dan terus bergerak ke Royal Albert Hall pulak.

Barang-barang dlm beg tak blh bawa sebab lepas ni plan nak ke Harrods dan Royal Albert Hall.

Pagi-pagi esok dah nak bergerak ke Edinburgh. Memang terkejar-kejar trip ni.
TripBPercutianBLondonBDayB2B25284352529 1 - Travelog Trip London (Part 8) Day 2 - Portobello Market & Nothing Hill
Masa utk balik…




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, blh share. 👇👇👇


Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *