Travelog Trip London (Part 7) Day 2 – Thames River Cruise

by -5 views
TripBPercutianBLondonBDayB2B25283702529 - Travelog Trip London (Part 7) Day 2 - Thames River Cruise

TripBPercutianBLondonBDayB2B25283702529 - Travelog Trip London (Part 7) Day 2 - Thames River Cruise

TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON – Part 7

Entry sebelum ni… 
👉👉   Trip London – Buckingham Palace   


DAY 2

Itenerari hari ke-2 ni bersambung lagi dgn aktiviti WAJIB 
– Thames River Cruise (pergi mana, ada je cruise mesti Mat Drat naik)
– Portobello Road Market (shopping brg antik dan souveniour murah)
– Concert Europe (wajib la pergi sebab ni tujuan Qatar Airways sponsor tiket flight)

Itinerari London Day 2
  1. Buckhingham Palace   ✔️
  2. Palace of Westminster   ✔️
  3. Big Ben  ✔️
  4. Thames River Cruise
  5. Tower Bridge (semalam hujan)
  6. Market Portobello Road – Beli souveniour murah
  7. Harrod – cuci mata / windows shopping
  8. Royal Albert Hall – concert Europe Walk The Eart Tour
  9. Kings Cross Station – Platform 9 3/4 Harry Potter


……………………………..




……………………………..





THAMES RIVER CRUISE

Ada Cruise kat mana-mana tempat yg Mat Drat pergi, memang Mat Drat akan naik sebab dapat menikmati pemandangan dr view yg berbeza.

Untuk Thames River Cruise ni, Mat Drat naik dr jetty bertentangan dgn Big Ben, juga disebut jety Westminster.

Dari sini akan nampak London Eyes depan mata….tersergam gah.

Nak naik London Eyes ni, harga agak mahal dan masa pun memang tak ada, jadi Mat Drat tak naik la… Cukup lah view London dr sungai Thames je….

Naik dr jeti Westminster ni dan turun di jety Tower Bridge

Detail blh layari : https://www.citycruises.com/

Ada beberapa pakej, blh pilih mana yg sesuai.
Mat Drat ambil hop-on, hop-off river cruise tapi naik di Westminster dan turun di Tower of London


Pakej Hop-on Hop-off
– Cruise bertolak setiap 40 minit
– Setiap hari ada
– Cruise akan bertolak dr Jety Westminster dan akan singgah di jety London Eye, Tower of London dan Jetty Greenwich.
– Tiket berbeza ikut pakej

Harga Tiket City Cruise Thames River :
Harga berbeza sama ada nak one way,return atau  rover.
Mat Drat ambil tiket one way, naik di Westminster dan turun di Tower of London

Link di atas tadi blh cek harga.

Harga Westminster ke Tower of London
– One Way : Dewasa : £10.25 / Kanak-kanak : £6.50
– Return  : Dewasa : £15.25 / Kanak-kanak : £10.00
– Rover :  : Dewasa : £18.75 / Kanak-kanak : £12

* Yg rover tiket ni kita blh turun naik kat mana-mana, valid 24 jam.

Di KLOOK pun ada, blh beli online. Tapi Mat Drat tak sempat nak beli di KLOOK, sebab last minit. Itinerari pun main terjah ikut langkah kaki je.


………………………

Klook.com


………………………



Cruise ni kalau sampai ke Greenwich mahal sikit, Mat Drat ambik sampai ke Tower Bridge je.

Semalam nak bergambar kat Tower Bridge tak puas sebab hujan, hari ni cuaca cantik(tiba-tiba langit cerah) tengah hari tu, jadi ambil kesempatan ke situ sekali lagi.


Lokasi Jetyy Westminster : Google Map Westminster Pier
Lokasi Jetty Tower Bridge : Google Map Tower Pier

Westminster Pier ni kira sebelah Wsetminster Station je (Line Circle, Distric, Jubilee)

Thames River Cruise
Dari Westminster Pier. Seberang sana London Eye Pier, betul-betul sebelah London Eye
Thames River Cruise
London Eye. Ada dlm 5 minit di sini utk turun naik penumpang
Thames River Cruise
London Eye.
Langit mulai cerah…..
Thames River Cruise
Sepanjang cruise ni akan melalui beberapa jambatan. Agak banyak jambatan menyeberangi Thames River ni.
Tapi Mat Drat rasa, jambatan di Seine River Paris lagi canti dan lagi lama usianya.

Thames River Cruise London Bridge
Salah satu bridge yg dilalui

Thames River Cruise London Bridge
Tak silap, ni London Bridge
Thames River Cruise London Bridge
Jambatan pejalan kaki ni rasanya ada dlm movie, tapi tak sure movie apa


Thames River Cruise London Bridge
Tak sempat nak cross menggunakan jambatan ni. Next time kalau ke London, blh try.
Thames River Cruise London The Shard
The Shard…Bangunan tertinggi di Europe

Thames River Cruise London The Shard
Langit semakin cerah. Bnagunan tu pun selalu masuk dlm movie, blh kenal bangunan tu = London

Thames River Cruise London Bridge
Menghampiri Tower Bridge.
Cruise akan berada berhampiran Tower Bridge beberapa minit utk beri peluang penumpang bergambar, sebelum cruise ke Tower Pier.
Thames River Cruise London Bridge
Ambil peluang bergambar

Thames River Cruise London Bridge
Waktu selfie stick dah patah. Nasib baik ada orang tolong ambilkan gambar

Thames River Cruise London Bridge
Tower Bridge
Thames River Cruise London Tower Bridge
Jangan terkejut la, air sungai sini tak jernih ye… kuning


Thames River Cruise London Tower Bridge
Selesai sudah  menikmati Thames River Cruise





………………………………………………………………..

TOWER BRIDGE

Mat Drat memang naik cruise ni dan turun di Tower Pier sebab semalam masa ke Tower Bridge ni, cuaca hujan. Jadi hari ni sekali lagi singgah, utk ambil gambar sebelum bergerak ke Portobello Road Market.

Portobello Road Market ni agak murah kalau nak beli souveniour macam keychain, fridge magnet dll.

Cerita / info pasal Tower of London dan Tower Bridge ni Mat Drat dah share di entry sebelum ni. Ni Mat Drat share beberapa keping gambar yg sempat di rakam hari ni.



Thames River Cruise London Tower Bridge
Langit Cerah…
TripBPercutianBKeBLondonB2528922529 - Travelog Trip London (Part 7) Day 2 - Thames River Cruise
Semalam… hujan dan mendung
Thames River Cruise London Tower Bridge
Baru dapat apa yg diidam

Thames River Cruise London Tower Bridge
Baru puas hati gambar ni compare semalam

Thames River CruiseTower of london
Tower of London

Thames River Cruise Tower of london
Tower Of London

Thames River Cruise Tower of london
Tower of London



………………………………………………………………..

PORTOBELLO ROAD MARKET


Souveniour Murah

  • Portobello Road Market ni Mat Drat baca anatar lokasi murah kalau nak beli souvenior. 
  • Tapi kalau setakat nak beli bawah 10, blh je beli kat mana-mana yg jumpa, tak payah ke sini. Mat Drat memang beli banyak….
  • Macam Fridge Magnet dan Kyechain, kat tempat lain, Mat Drat dlm £5=6, kat sini harga £5=7.
  • Kedai yg Mat Drat pergi ni siap blh tawar lagi. 
  • Tapi Mat Drat tak beli keychain dan fridge magnet je, banyak barang yg Mat Drat borong dgn dia.. Anak-anak punya souveniour, Mat Drat punya koleksi dan wife punya koleksi.
  • Kedai yg Mat Drat singgah ni, brother ni pernah meniaga di Johor dia kata, tapi dah lama dulu lah. Blh la cakap sikit-sikit bahasa Melayu sepatah dua kata.



Barang Antik Banyak dan Murah

  • Bila baca lebih, jumpa info yg sini antara pasar barangan antik terbesar di dunia. Tak sure betul ke tak. 

  • Tapi yg pasti, Mat Drat dapat bawak balik beberapa Die-Cast model lama…rare punya die-cast kereta. 
  • Harga pun tak mahal.
  • Nak beli baju army lama pun ada kat sini, kalau sanggup pakai la.

Nothing Hill – Filem / Movie

  • Nothing Hill ni dlm 500 meter je dr Portobello Road Market.
  • Orang kata view London dr sini pun cantik. Tapi Mat Drat tak sure dr mana point view dia.
  • Mat Drat ada berangan nak kesini kalau sempat, TAPI bukan nak lihat view London yg orang kata cantik tu.
  • Hajat nak mengimbau kenangan filem romantik yg Mat Drat minat...NOTHING HILL
  • Nothing Hill ni filem 1999, lakonan Julia Robert dan Hugh Grant, ramai yg ingat kot filem ni.
  • Ingat dah alang-alang ke Portobello Market, nak la lajak ke sini.
  • Tapi sampai dah agak lewat, Mat Drat tak sempat sebab malam nak kena kejar ke Concert Europe pulak. Tak manis pulak kalau tak pergi consert Europe kat Royal Albert Hall tu, sebab tu tujuan dia hantar Mat Drat ke sini.
  • Kalau ada yg minat sama macam Mat Drat, pergi mana-mana nak buat movie-tour sendiri, blh rujuk laman web ni 
    •  http://www.movie-locations.com/movies/n/Notting-Hill.php


Lokasi:
  • Station terdekat adalah Ladbroke Grove Station (Line Circle, Hammersmith City)
  • Jarak dlm 300-400 meter sahaja.
  • Lokasi Google Map 



Portobello Road Market
Permulaan Portobello Road Market

Portobello Road Market Army Uniform
Banyak juga baju-baju army kat sini, bukan tentera British je yg ada.

Portobello Road Market Army Uniform
Kalau berani pakai, bolej la beli… 

Portobello Road Market Die Cast Car
Die-Cast Car

Portobello Road Market Souveniour Murah
Boleh tawar menawar dgn brader ni

Portobello Road Market Souveniour Murah
Murah barang-barang di sini

Portobello Road Market Souveniour Murah
Banyak pilihan dan murah

TripBPercutianBLondonBDayB2B25284432529 - Travelog Trip London (Part 7) Day 2 - Thames River Cruise
Souveniour team bola lagi murah beli di stadium.

TripBPercutianBLondonBDayB2B25284442529 - Travelog Trip London (Part 7) Day 2 - Thames River Cruise
Lagi murah di stadium, Semalam Mat Drat beli 15 pound, sini 18 pound
TripBPercutianBLondonBDayB2B25284352529 - Travelog Trip London (Part 7) Day 2 - Thames River Cruise
Masa utk balik…banyak barang dah tu dlm plastik



Selesai menyopping di sini, terus balik ke hotel hantar barang-barang, mandi, alas perut dan terus bergerak ke Royal Albert Hall pulak.

Pagi-pagi esok dah nak bergerak ke Edinburgh.

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, blh share. 👇👇👇

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *