Tonton Live Sukan SEA 2017

In Terkini 139 views

Sukan Sea 2017

Astro, RTM, dan HyppTV akan menyiarkan liputan secara langsung Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yg akan berlangsung dr 19 Ogos hingga 30 Ogos nanti. 
Astro Arena menjanjikan liputan menyeluruh Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dgn lapan saluran televisyen dan empat platform digital. Empat saluran khas berdefinisi tinggi (HD) di saluran 802, 803, 804 dan 805, sementara empat saluran tambahan eksklusif menerusi aplikasi atas talian Astro GO dan NJOI Now. Astro Arena turut memperkenalkan saluran berita Nadi Arena 800 dan 803HD utk laporan berita terkini 24 jam. 
Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membuat liputan Sukan SEA 2017 melalui saluran TV1 dan TV2. Liputan berkenaan termasuk siaran langsung pembukaan rasmi, diikuti sesi pagi bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari; sesi petang 2 hingga 5 petang, versi bahasa Inggeris 5.30 hingga 7.30 malam dan sesi malam dr 10.30 hingga 12.30 malam
HyppTV pula menyediakan 3 saluran khas termasuk satu saluran Interaktif. Saluran-saluran tersebut adalah HyppSports HD – KL2017 1 (Saluran 720) dan HyppSports HD – KL2017 2 (Saluran 721). Saluran interaktif KL2017 pula boleh diakses dgn menekan butang i pd alat kawalan jauh HyppTV. Saluran interaktif itu akan menyediakan maklumat terkini mengenai KL 2017, sorotan berita, kutipan pingat, jadual perlawanan, sorotan video dan banyak lagi. Saluran tersebut juga boleh dinikmati secara percuma melalui aplikasi HyppTV Everywhere.
Selain itu, saluran YouTube, Kuala Lumpur 2017 Official Channel (@KL2017) yg dimiliki bersama TM akan menyediakan 15 saluran – dua utk siaran langsung terpilih dan 13 utk video on demand (VOD).


Carian Berkaitan

tonton siaran sukan sea

Tags: #2017 #Live #Sukan #Tonton

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Tonton Live Sukan SEA 2017"

    Must read×

    Top