Tomyam Seafood Bersantan

In Makanan 50 views

Tomyam Seafood Bersantan

Bahan-bahan – stok tulang
1 liter air
Tulang ayam atau lembu
Rebus hingga mendidih.  Buang air dan tulang cuci bersih.
Masuk semula 1 liter air dan rebus semula hingga mendidih.
Tapis dan keluarkan tulang

Bahan-bahan (Tumis)
2 biji tomato potong baji
5 batang serai – potong 2, ketuk
3 tangkai cili padi – hiris kasar
1 tangkai cili merah – hiris kasar
4 helai daun limau purut – buang tulang, hiris kasar
1 inci lengkuas – hiris nipis
2 ulas bawang merah, ketuk
5 ulas bawang putih, ketuk
2 sudu besar pes tomyan
2 sudu besar udang kering, rendam dan tumbuk kasar
Sedikit minyak utk menumis

Bahan Perasa
4 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
2 sudu besar jus limau nipis
2 cawan santan

Makanan Lauk
Udang, Sotong, Ketam, Fish Ball
Daun Ketumbar


Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas, daun limau, cili hingga layu dan wangi.
Masukkan udang kering, buah tomato dan pes tomyam.  Tumis sebentar.
Tuang stok tulang dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan santan, sos ikan, garam, gula dan jus limau nipis.
Masak hingga mendidih dan tutup api.
Masukkan daun bawang, cili hiris dan bawang besar hiris
Masukkan makanan lauk kegemaran spt kepah, sotong, udang, ketam atau fish ball.
Biarkan di dlm periuk tertutup hingga makanan lauk masak, bolehlah di hidangkan dgn hirisan daun ketumbar.


Tomyam Seafood Bersantan

Tags: #Bersantan #Seafood #Tomyam

author
Author: 
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR
    RESEPI OREO CHEESECAKE TANPA BAKAR BAHAN-BAHAN: 36
    RESEPI BISKUT MAKMUR
    RESEPI BISKUT MAKMUR
    RESIPI BISKUT MAKMUR BAHAN-BAHAN *4cawan tepung gandum*1
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR
    RESEPI PERAP AYAM BAKAR BAHAN-BAHAN 1 ekor
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN
    RESEPI KEK KUKUS PANDAN BAHAN-BAHAN 1 cawan

    Leave a reply "Tomyam Seafood Bersantan"

    Must read×

    Top