TMJ Letakkan Sasaran Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2026

In Terkini 65 views
BARU dua minggu memegang tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pun memberi bayangan sejauh mana Harimau Malaya akan melangkah di pentas antarabangsa.

TMJ Letakkan Sasaran Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2026

Dalam temu ramah bersama saluran Fox Sports Asia, Tunku Ismail atau lebih mesra dikenali sbg TMJ, meletakkan sasaran utk pasukan kebangsaan layak ke Piala Dunia 2026.

Biarpun sedar sasaran itu agak sukar dicapai, bgnda kelihatan yakin jika semua pihak memberi komitmen dan kerjasama spt yg diharapkan, ia tak mustahil menjadi kenyataan.

“Kita perlu mula bekerja keras dr sekarang, pertukaran struktur pentadbiran dan pemikiran semua yg terlibat,” titah TMJ.

Untuk makluman, Piala Dunia 2026 akan menyaksikan perubahan format, di mana dgn 48 pasukan akan bertanding di pusingan akhir kejohanan.

Slot pasukan dr Asia pula akan ditambah menjadi lapan pasukan.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail agak skeptikal apabila diminta memberikan jangkaan terhadap Harimau Malaya dlm perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara, Jun depan.

“Pasukan kebangsaan sudah lama tidur. Lawan kita pula bukan calang-calang.

“Tetapi saya yakin kita akan berjuang habis-habisan. Beri Mario Gomez (ketua jurulatih kebangsaan) peluang utk tunjukkan sesuatu,” kata Tunku Ismail.

Ditanya mengenai visinya sebaik sahaja dilantik sbg Presiden, beliau berkata paling penting ialah pendidikan dan penerapan elemen profesionalisme dlm diri semua yg terlibat.

“Paling jelas, semua pasukan dlm Liga Malaysia perlu dididik utk tahu menguruskan hal kewangan dgn bijak utk mengelakkan masalah spt kelewatan pembayaran gaji yg boleh membawa kpd masalah lebih serius spt ‘match fixing’ dan sbgnya,” kata beliau.

Turut diberi perhatian ialah pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

“Perkara ini perlu difikirkan, bukan setakat memberi perhatian kpd mengambil bahagian dlm Liga Super atau Liga Perdana, dan menghabiskan wang yg banyak utk membeli pemain import,” tambah beliau.

Sumber: Astro Awani

Tags: #2026 #Dunia #Harimau #Layak #Letakkan #Malaya #Piala #Sasaran

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "TMJ Letakkan Sasaran Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2026"

    Must read×

    Top