Tips Penjagaan Laptop/Komputer [2017]

In Terkini 55 views
Motherboard laptop ASUS S46C

Repair Motherboard
Sudah beberapa hari tak berupdate disebabkan kerosakan motherboard pd laptop aku ini. Kena hantar workshop sebab memang tak tahu la aku nak repair motherboard bagaimana. Aku try juga buka dan check sendiri apa yg rosak, tapi langsung takde idea. selalu buka utk buang habuk sahaja. ehehe. 
Aku pergi survey dua kedai sahaja dlm Kompleks Bukit Jambul, Penang sebab harga lebih kurang sama cuma satu kedai boleh siapkan dlm masa tiga hari [RM300] dan satu kedai lagi mengambil masa tiga minggu [RM350]. Tentulah aku hantar kedai yg boleh siapkan tiga hari, harga pun lebih murah. Nasib siap elok dlm tiga hari – tak payah tunggu lama-lama. Sekarang dah boleh guna semula laptop ASUS aku ini.

Janganlah kau buat hal lagi!

Tips Penjagaan Komputer
Dari suadara Muhammad Taufik Jabir

Jika kau ingin tahu, sebenarnya penjagaan komputer ini tak la susah mana. Ada beberapa perkara sahaja yg kau perlu beri perhatian terhadap komputer agar performance nya sentiasa tip top.
1. Pembersihan Habuk.
Habuk ni pemusnah utama prestasi sesebuah komputer. Kalau komputer kau dah macam sarang tikus habuknya, tak pernah servis walaupun sudah 10-15 tahun, processor kau akan mengeluarkan haba yg lebih panas drpada biasa kerana kipas cooler processor akan berputar perlahan. Apabila itu berlaku, maka komponen spt processor akan overheat. Apabila overheat, ianya sedikit sebanyak akan effect pd prestasi komputer. Solusinya, Bila komputer sudah berhabuk, bersihkan segala kekotoran yg terkumpul.
2. Penggantian Thermal paste.
Thermal paste ini liquid yg diletak atas processor. Tujuannya adalah utk menyejukkan processor komputer kita. Setahu aku, sekarang ini sudah ada 2 jenis thermal paste, satu jenis liquid, dan satu lagi jenis macam getah. Aku tak ingat apa namanya. Thermal paste ini eloknya setahun sekali kau kena tukar sebab apabila sudah kering, ianya akan mengeras dan suhu processor akan meningkat. Kalau kau tak ada bajet nak tukar, buatlah dua tahun sekali tukar thermal paste tu. Itu sudah memadai utk jaga suhu processor.
3. Air Flow Management (Sistem Saliran Udara)
Di dlm sebuah rumah, aliran udara atau air flow sangat penting utk mengekalkan suhu rumah di dlm keadaan dingin. Apabila sebuah rumah tak mempunyai air flow yg bagus, bila panas terik sahaja, sudah pasti di dlm rumah akan terasa bahang cahaya matahari. Begitulah juga dgn komputer. Apabila suhu di dlm komputer itu panas, ianya akan memberi kesan kpd semua komponen di dlm komputer. Terutama sekali motherboard. Sebab itu, bila komputer panas, kau akan rasa sedikit lag pd komputer kau. Untuk memastikan jangka hayat sesebuah komputer itu panjang, kita kena pandai menguruskan air flow komputer tersebut. Ada angin masuk, dan ada angin keluar. Sebab itu, kipas casing komputer dihasilkan. Tujuannya utk membuat air flow di dlm komputer. Guna dua kipas pun sudah memadai. Kau beli yg murah sahaja pun boleh. Janji kau buat macam aku cakap tadi, satu angin masuk, satu lagi angin keluar.
4. Susun File.
Haa.. yg ni aku nak tegur sikit. Kebanyakan customer yg aku jumpa, boleh kata ramai yg letak file-file mereka ni di Desktop. Adakalanya sampai penuh dekat desktop tu hingga tak nampak ruang kosong langsung. Bukan tak boleh kau nak letak file dekat Desktop tu, boleh. Sikit-sikit sudah la. Yang selebihnya, simpan di My Documents atau di partition lain spt D,E,F dan lain-lain. Apabila kau letak semua file di Desktop, secara tak langsung, kau memberatkan komputer utk load semua file tu ketika proses “Booting Windows.” Aku lebih sarankan supaya file-file yg ada di transfer ke partition lain dgn tujuan tak mengganggu Windows Partition. Walau bagaimanapun, itu hanya pendapat aku. Terpulang la kau nak ikut atau tak.
—–
Kalau kau tak rajin atau tak reti nak buat semua ni, kau hantar sahaja komputer kau di kedai komputer. Beritahu technician kedai utk servis komputer. Nanti mereka tahu la nak buat apa. Biasanya, bila kau hantar utk servis komputer ni, perkara yg mereka buat adalah membersihkan habuk di dlm komputer kau, menggantikan thermal paste jika perlu dan juga buat sedikit “performance test” pd komputer. Caj yg dikenakan itu bergantung pd kedai yg kau pergi. Rasanya setiap kedai caj lain-lain harga. Jadilah pengguna bijak.
Mohamad Taufik bin Jabir,
Juruteknik Komputer Persendirian

Loading...

Tags: #2017 #Laptop/Komputer #Penjagaan #Tips

author
Author: 
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya
    Telefilem Negaraku 16 September (2017)
    Telefilem Negaraku 16 September (2017)
    SINOPSIS NEGARAKU 16 SEPTEMBERMengisahkan antara seorang pemimpin
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    KAKAK IPARKU MEMANG WINIrfan tak sabar menunggu

    Leave a reply "Tips Penjagaan Laptop/Komputer [2017]"

    Must read×

    Top