Tindakan Fathia Latiff Cuba Malukan Pramugara MAS Bikin Rakan Artis Lain Buka Mulut!

Tindakan pelakon Fathia Latiff yg memuat naik gambar seorang pramugari yg enggan mengangkat begnya telah menimbulkan reaksi banyak pihak termasuk beberapa rakan artis yg pernah bekerja sbg kru kabin penerbangan.
Personaliti TV3 yg pernah memegang jawatan Ketua Pramugari MAS, Maria Tunku Sabri, 46, menganggap tindakan aktres tersebut menyalahkan pramugari yg enggan mengangkat begnya ke dlm kompartmen sbg perkara yg tak wajar dilakukan.

“Tugas utk membantu penumpang utk angkat beg tiada dlm prosedur skop kerja kru penerbangan. Perkara itu dilakukan hanya atas budi bicara mereka sahaja dan saya percaya perkara-perkara itu ada ditulis dlm penerbangan,” katanya.

Tambah Maria lagi, sbg selebriti yg berpelajaran, aktres tersebut seharusnya lebih peka dan pandai utk membawa diri ketika berada di dlm penerbangan.
ARTIKEL MENARIK: Amy Search Kecewa, Anggap ‘Komen’ Anak Yazit BIADAB!

“Mereka hanya memberi keutamaan kpd penumpang yg kurang berkemampuan spt ibu yg ramai anak, orang tua dan orang yg berkerusi roda sahaja, jika sihat seseorang itu perlu melakukannya sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi yg masih bekerja sbg pramugara, Zarul Husin, 43, berkata, isu tersebut sering menjadi kekeliruan terhadap tugas-tugas yg dilakukan oleh kru kabin.
Katanya, penumpang seharusnya meletakkan beg berat ke dlm tempat kargo agar memudahkan mereka utk membawa diri dlm penerbangan.

“Jika beg itu berat mereka sepatutnya check in sahaja dan hanya bawa beg yg ringgan supaya mudah utk mereka membawa diri.

“Saya sendiri jika diminta angkat beg berat itu akan menolak secara baik dan minta tolong utk mereka angkat sendiri beg berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, Fathia yg memuat naik gambar pramugari itu dgn kapsyen sinis itu telah menjadi viral dan pd masa sama telah menimbulkan kemarahan netizen. Dia juga mendakwa pramugari tersebut meninggikan suara dan membuat muka apabila diminta bantuan.

Apapun, semoga kejadian ini memberi pengajaran kpd Fathia supaya lebih berhati-hati pd masa hadapan. 

Tags: #Artis #Bikin #Buka #Cuba #Fathia #Lain #Latiff #Malukan #Mulut #Pramugara #Rakan #Tindakan

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "Tindakan Fathia Latiff Cuba Malukan Pramugara MAS Bikin Rakan Artis Lain Buka Mulut!"

    Must read×

    Top