Tindakan David Teo Selepas Ditampar Mat Over Di TN50

In Terkini 170 views

Viral di media sosial tentang rakaman video pengarah David Teo ditampar Pelakon Mat Over kerana dianggap berkelakuan biadab di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sulaiman Yassin atau Mat Over mengatakan dia tak merasa perbuatannya keterlaluan kerana tindakan berkenaan utk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yg menjadi tuan rumah pd acara ini.

david teo ditampar mat over 1

“SAYA tak rasa apa yg saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan utk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yg menjadi tuan rumah pd acara ini.

“Saya juga tak kesal dgn tindakan ini kerana sikap David tak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sbg rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati,” kata pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih terkenal dgn panggilan Mat Over.

Tidak mahu mengganggu kelancaran majlis TN50, David dan Mat Over di bawa keluar dr dewan sebelum di penhujung acara David dan Mat Over dibawa masuk semula ke dlm dewan utk bertemu Najib bg menyelesaikan perkara itu secara baik.

david teo ditampar mat over 2

Dalam pd itu, David tak sangka Mat Over boleh bertindak begitu kerana selama ini pun dia tak mengenali pelakon itu.

“Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tak menggunakan pentas bulat itu dgn sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kpd Perdana Menteri.

“Saya tak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya,” katanya.

Tags: #DAVID #Ditampar #Over #Selepas #Tindakan #TN50

author
Author: 
    Pok Ya Cong Codei (Astro Citra)
    Pok Ya Cong Codei (Astro Citra)
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Sara Kirana
    Drama Sara Kirana
    Nantikan drama bertajuk Sara Kirana adaptasi drpada
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    DRAMA : PAPA NAK MENANTU  BERMULA :

    Leave a reply "Tindakan David Teo Selepas Ditampar Mat Over Di TN50"

    Must read×

    Top