Temasya Sukan Ke Laut

In Terkini 334 views

Temasya Sukan Ke Laut

Sempena temasya Sukan SEA 2017 yg akan berlangsung di Malaysia pd bulan Ogos ini, Astro memperkenalkan program terbaharu, ‘Temasya Sukan Ke Laut’ yg menggabungkan elemen sukan, komedi dan hiburan. Program ini bakal menyaksikan atlet-atlet terkemuka negara berkumpul menjayakan sebuah program komedi dan bersaing dgn barisan pelawak serta selebriti popular tanah air menerusi pelbagai jenis acara sukan utama yg akan dipertandingkan dlm temasya Sukan Sea spt badminton, bola sepak, acara renang, berbasikal, balapan, hoki dan banyak lagi. 
Peserta akan dibahagikan kpd dua kumpulan iaitu kumpulan ‘Cendawan Gagah’ yg akan mewakili barisan atlet dan kumpulan ‘Kembang Semangkuk’ yg bakal disertai oleh para atlet, pelawak dan selebriti. Setiap episod akan menampilkan pemain jemputan yg terdiri dr barisan pelawak dan atlet spt Mat Redho / Mohd Redha Rozlan (Pemenang Fear Factor 2014 dan ‘Ninja Warrior’), Zulfahmi Khairuddin (Pelumba FIM Superbike World Championship 2016-WSBK), Khairulnizam Afendy (pelayar terbaik Asia), Amer Raja Lawak dan ramai lagi.
Barisan atlet lain yg terlibat dlm program ‘Temasya Sukan Ke Laut’ ini ialah Mirnawan Nawawi (bekas Ketua Pasukan Hoki Negara), Keifli Othman (bekas Juara Formula Asia), adik beradik Hafiz dan Roslin Hashim (bekas Jaguh Badminton Negara), Watson Nyambek (bekas Juara Pecut Dunia), Azman Adnan (bekas Pemain Bolasepak Negara) Niena Azman (bekas Penjaga Gol Kebangsaan) dan Azizulhasni Awang (Juara Dunia Acara Keirin)
Selebriti yg turut menyerikan program ini spt Amy Search, Joey, Achey, Shuib, Dzawin, Sharifah Shahirah, Kumpulan Zero, Jiggy dan ramai lagi. Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Nor yg akan bergandingan bersama pelawak popular, Abam Bocey sbg pengacara dan pengulas sukan. 
Program ‘Temasya Sukan Ke Laut’ yg akan bersiaran selama lapan minggu pd setiap hari Jumaat mulai 14 Julai 2017 pd jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan saluran serentak di Warna HD (saluran 124). Ia juga akan turut disiarkan di Astro Arena 802 HD & 801, Astro GO dan on demand utk tontonan semua.

Carian Berkaitan

Pengacara temasya sukan ke laut, temasya sukan ke laut hd, nama pengecara temasya sukan ke laut, niena temasya sukan ke laut

Tags: #Laut #Sukan #Temasya

author
Author: 
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Nantikan drama bersiri berjudul ‘Ahmad Rosli Arwahkan
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14

    Leave a reply "Temasya Sukan Ke Laut"

    Must read×

    Top