Telur Masala / Egg Masala

In Makanan 77 views


Telur Masala

Bahan-bahan
6 biji telur rebus, buang kulit, goreng hingga keperangan)
2 biji ubi kentang – belah 4, goreng hingga keperangan
1 cawan air / susu cair atau  santan (sesuai citarasa)
garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis
1/2 cawan minyak utk menumis
1 cm kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
6 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 tangkai cili hijau potong 2 dan belah
2 tangkai daun kari

Bahan Kisar
2cm halia
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar merah saiz sedang
2 biji tomato segar di kisar berasingan atau 1 tin kecil pes tomato

Bahan Rempah
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili / cili boh
1/2 sudu kecil garam masala
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih

Hiasan :  Bawang besar potong bulat, daun ketumbar cincang

Cara-cara :
Tumis bahan tumis hingga naik bau, apabila daun kari telah garing masukkan cili hijau.
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan pes tomato, bahan rempah, reneh hingga pecah minyak, sambil di kacau.
Masukkan air, garam dan gula secukup rasa.  Biar mereneh sebentar.
Masukkan telur, ubi kentang dan bawang besar, reneh lagi hingga kuah hampir pekat.
Angkat dan tabur dgn daun ketumbar.

Telur Masala / Egg Masala

Loading...

Tags: #Masala #Telur

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Telur Masala / Egg Masala"

    Must read×

    Top