Telemovie Jam Aju Tanpa Jarum (2017)

In Terkini 143 views

SINOPSIS JAM AJU TANPA JARUM
Kisah kanak-kanak bernama Aju, seorang berpewatakan pendiam dan suka sentiasa mengasingkan diri. Namun di sebalik sikapnya itu, dia mempunyai satu keistimewaan iaitu mahir membuat dan mengukir pelbagai corak jam dr kepingan kayu utk jualan di kedai Nida.

Tetapi yg menariknya setiap jam yg dibuat oleh Aju pasti terhasil tanpa jarumnya. Ada juga yg menegur sebaliknya Aju tetap dgn pendiriannya mahu ianya terus begitu.

Sementara itu Boy, teman baharu yg tinggal berhadapan dgn rumah Aju dan Arman, bapa Aju bertanyakan kenapa Aju membuat jam tanpa jarum. Justeru Aju berterus-terang bahawa tujuan dirinya membuat jam tanpa jarum adalah kerana berpegang kpd pesanan arwah ibunya bahawa perjalanan masa adalah di bawah kawalan kita sendiri dan bukan oleh orang lain.

Keakraban Amran yg juga duda dgn Nida, ibu Boy yg bergelar ibu tunggal telah membuat Aju marah hingga sanggup menghilangkan diri dr rumahnya. Kesedihan Amran cuba digembirakan oleh Zul, rakan kongsi bisnes nasi beryani, dgn berita kelulusan pembukaan bisnes mereka, sbgmana yg dicita-citakan oleh arwah isteri Amran.

Namun pd masa sama Amran tetap bersedih dgn tindakan anak tunggalnya itu. Meskipun marah dia berusaha sepenuh hati mencari Aju di mana sahaja. Dia tak mahu kehilangan anaknya itu dan memastikan anaknya selamat.

Akhirnya mereka berjaya menjejak Aju yg tidur di kaki lima berdekatan dgn kedai Nida. Amran sedia memenuhi keinginan Aju utk tak meneruskan hubungannya dgn Nida. Sebaliknya Amran cuba utk hanya menumpukan sepenuh perhatian membesarkan perniagaannya dgn Zul.

Lalu apakah pengakhiran hubungan Amran dgn Nida? Adakah Aju berubah hati mahu menerima hubungan antara ayah dgn ibu kawannya itu?

JUDUL : JAM AJU TANPA JARUM
TARIKH / MASA : Jumaat, 19 Mei 2017, 10.00 malam
SIARAN : TV2 (RTM)
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Allegro Rhythm
PELAKON : Beto Kusyairy, Uqasha Senrose, Fazlie Daniel, Joey Daud, Firdaus Ghufran, Afieq Shazwan


Carian Berkaitan

jam aju tanpa jarum, jam aju tampa jarom, Lagu nya jam Tangan aju Tampa jarum

Loading...

Tags: #2017 #Jarum #TANPA #Telemovie

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Tajuk : Mr London Ms Langkawi Mula
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    OST Drama Red Velvet
    OST Drama Red Velvet
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.

    Leave a reply "Telemovie Jam Aju Tanpa Jarum (2017)"

    Must read×

    Top