Telemovie Bo Bajet Lakonan Janna Nick dan Saharul Ridzwan

In Terkini 359 views
Filem televisyen (FTV) terbaru Bo Bajet yg membawa maksud Tiada Bajet menampilkan gandingan Saharul Ridzwan dan Janna Nick akan ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif (Astro 480) mulai 27 April ini. FTV ini di terbitkan oleh Woohoo Pictures.


Sinopsis Bo Bajet

Bo Bajet mengisahkan tiga pelajar jurusan perfileman sebuah universiti tempatan iaitu Shauki, Ajis, dan Dee Dee yg bercita-cita menghasilkan sebuah filem hebat.
Disebabkan kekangan wang, mereka perlu memikirkan cara paling kreatif bg menyiapkan tugasan itu.
Mereka kemudian ke sebuah kampung dan berjumpa dgn Siti, bekas pegawai polis yg disegani pd 1980-an.
Siti kemudian berkongsikan kisahnya ketika muda kpd tiga pelajar itu.
Dari situ, bermulalah cerita dan dia mengimbas satu peristiwa pelik berlaku di kampung berkenaan.
Ini termasuk kisah cintanya dgn Ramli (Saharul) yg turut mencuit hati.
Selain Janna dan Saharul, Bo Bajet turut menampilkan lakonan Fatimah Abu Bakar serta Faiq Syazwan Kuhir.
Potong Rambut Pendek
Filem ini turut mengangkat watak Siti lakonan Janna Nick sbg tunjang kpd keseluruhan cerita. Ternyata, Janna tak mensia-siakan peluang menjayakan watak penuh aksi itu.
Jika diteliti, Janna berjaya membawa watak Siti yg juga anggota polis dgn penuh bergaya. Tidak spt watak lain dibawanya sebelum ini dan Janna jelas seronok melakukan babak pertarungan.
Demi Bo Bajet, Janna juga sanggup memotong pendek rambutnya.
“Ia utk watak sbg Inspektor Siti. Imej itu sesuai memandangkan saya juga perlu menjayakan babak aksi dan lasak.
“Apabila pengarah meminta memotong rambut, saya terus bersetuju kerana tertarik dgn watak Inspektor Siti yg lasak. Hampir 90 peratus babak aksi saya lakukan sendiri dan selebihnya dibantu pelakon lagak ngeri profesional,” katanya.
Saksikan nanti telemovie eksklusif Bo Bajet yg bersiaran di Astro First pd 27 April  ini.

Carian Berkaitan

sinopsis bo bajet, telemovie lakonan janna nick terbaru 2017, bo bajet sinopsis, bo bajet telemovie

Loading...

Tags: #Bajet #Janna #Lakonan #Nick #Ridzwan #Saharul #Telemovie

author
Author: 
    Aku Mahu Hidup (TV9)
    Aku Mahu Hidup (TV9)
    Saksikan telefilem Aku Mahu Hidup arahan Raja
    Sinopsis Telemovie Dosa Perempuan
    Sinopsis Telemovie Dosa Perempuan
    Tajuk : Dosa Perempuan Tarikh : 23
    Sinopsis Telemovie Nur 3 Pagi
    Sinopsis Telemovie Nur 3 Pagi
    Tajuk : Nur 3 Pagi Tarikh :
    Sinopsis Telemovie Janji Allah
    Sinopsis Telemovie Janji Allah
    Tajuk : Janji Allah Tarikh : 22

    Leave a reply "Telemovie Bo Bajet Lakonan Janna Nick dan Saharul Ridzwan"

    Must read×

    Top