Telefilem Saling (TV1)

In Terkini 145 views

Saling TV1

Saksikan telefilem utk slot Tribute P.Ramlee berjudul ‘Saling’ arahan Wan Afzam Wan Daud. Dibarisi pelakon spt Khir Rahman, Aisya Hasnaa, Bell Ngasri, Kazar, Amerul Affendi, Amyza Adnan dan ramai lagi. Bersiaran pd Sabtu 4 Februari, pukul 9.00 malam di TV1. Bagi mereka yg tak sempat utk menonton di TV, boleh menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

JUDUL : SALING 
TARIKH / MASA : Sabtu, 4 Februari 2017, 9.00 malam
SIARAN : Tribute P.Ramlee TV1 (RTM)
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Wan Afzam Wan Daud
TERBITAN : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Khir Rahman (Rawan), Aisya Hasnaa (Melur), Bell Ngasri (Ajun), Raif Irfan (Umar), Tan Mei Ling (Ma Mailee) Thor Kar Hong (Kim), Kazar (Daman), Amerul Affendi (Suffian), Amyza Adnan (Mahira), Hushairi Husin (Pali)
SINOPSIS SALING (TV1)
Rawan, seorang bapa tunggal anak satu yg menyara hidup sbg penarik beca. Rawan sangat menyayangi anaknya Umar hingga segala-gala tentang Umar adalah betul. Menjadi bapa tunggal, merapatkan lagi Rawan dgn Umar. Umar petah bercakap. Agak nakal di belakang ayahnya, namun hakikatnya dia sangat sayang ayahnya.

Rawan menghantar Umar ke sekolah menaiki beca. Rawan bekerja sbg penarik beca di tengah bandar Melaka. Hanya mereka berdua usaha hidup sebaik mungkin. Rawan disenangi ramai dan dia kenal dgn ramai orang terutama yg sering menaiki beca. Rawan berkawan dgn Abang Daman dan Sufian.

Suatu hari bekas isteri Rawan iaitu Mahira datang mahu bawa Umar ke Kuala Lumpur. Rawan pertahankan Umar dan Umar juga tak mahu mengikuti ibunya. Hidup Mahira tak menentu, tinggal dgn bukan suaminya, namun Mahira mendapatkan surat mahkamah dan akan cuba mendapat hak menjaga Umar. Rawan tak faham mengapa bekas isterinya begitu berdendam sedangkan dia sendiri yg paksa Rawan menceraikannya dahulu utk hidup senang di Kuala Lumpur.

Umar cuba pujuk Mahira tetapi Mahira beri pula syarat yg dia mahu RM20 ribu jika Rawan tak mahu kes jagaan anak berpanjangan. Rawan resah terpaksa usaha mencari wang dlm tempoh 2 bulan yg diberikan.

Saling TV1
pelakon telefilem Saling

Sementara itu Melur pula bekerja di sebuah kedai sulaman milik Ma Mailee bersama suami iaitu Kim. Ma Mailee tegas orangnya. Kim bantu isterinya menguruskan kedai dan rajin bersenam berjalan sekitar kawasan kedai kedai. Ma Mailee juga tegas dgn suaminya. Mereka mudah bertelagah namun sebenarnya itulah yg mengikat makna kasih sayang semasa mereka. Melur sudah faham dgn pasangan suami isteri yg bgnya baik hati ini.

Ma Mailee mengajar Melur cara membuat sulam yg paling baik. Melur tinggal di belakang kedai yg diberi oleh Ma Mailee yg menyelamatkan Melur drpada abang tirinya yg tak bertanggungjawab, Pali. Dalam pd itu Ma Mailee selalu menjadi pelindung kpd Melur yg diganggu oleh Pali.

Kisah Ajun pula, pemiik kedai gunting rambut lelaki baru dapat berita kematian kekasihnya. Ajun cuba melupakan kesedihannya, Surya. Kedai Ajun tak jauh dgn kedai Ma Mailee. Ma Mailee dan Kim lebih tahu latar kisah kecewa Ajun tetapi sentiasa tegaskan Ajun lelaki dan lelaki harus kuat hati. Ma Mailee selalu minta Melur hantarkan kuih putu piring kpd Ajun. Ajun selalu mahu cuba cungkil rahsia siapa sebenarnya Melur itu tetapi Melur pandai mengelak namun mereka baik sesama mereka.

Ketiga-tiga mereka ini punya latar masalah yg menghimpit menduga. Mereka saling bertemu tanpa tahu latar masalah masing-masing namun mendapat penawar tanpa mereka sedari.


Carian Berkaitan

pelakon nasi tak dingin piring tak retak, saling telemovie, Telefilem TV3 Saling

Tags: #Saling #Telefilem

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Telefilem Saling (TV1)"

    Must read×

    Top