Telefilem Jalan Sehala (TV1)

In Terkini 45 views

Jalan Sehala tv1

Saksikan telefilem Jalan Sehala lakonan Azhan Rani, Reen Rahim, Sherie Merlis, Wan Nazri, MImam Muda Najdi dam ramai lagi. Akan disiarkan menerusi slot Panggung Seri pd 25 November ini, pukul 10.00 malam di TV1.
JUDUL : JALAN SEHALA
TARIKH / MASA : Sabtu, 25 November 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Panggung Seri (TV1-RTM)
PENGARAH : Yusni Yusof
TERBITAN : Multi Utama Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Reen Rahim, Sherie Merlis, Imam Muda Najdi, Wan Nazri, Mazlan Iqbal, Jef Suira, Hannan Hassan, Pizi Jihat
SINOPSIS JALAN SEHALA 
Pak Ajis, seorang bekas banduan ingin kembali serta memohon maaf dr isteri dan anak anaknya setelah 20 tahun terpenjara. Selama dipenjara, Ajis dihantui rasa bersalah dan berhasrat menebus kesalahan yg pernah dilakukan.
Namun perjuangannya utk kembali ke pangkal jalan tak mudah. Dia bukan saja berdepan dgn pelbagai cabaran malah terpaksa menghadapi tekanan drpada dosa-dosa silam yg dilakukannya.
Dalam perjalanannya utk pulang ke kampung, dia menumpang kereta seorang gadis yg lari dr rumah dikenali sbg Elly. Mereka sama-sama tiada tujuan. Namun dlm perjalanan itu dia berdepan saat-saat mencemaskan. Di situ mereka mula mengenali diri masing-masing dan arah tujuan hidup.
Ajis tiba di kampung halamannya. Elly meneruskan perjalanan tanpa penghujung. Ajis diberitahu, isterinya Halimah telah meninggal dunia. Dua anaknya telah diserahkan kpd orang dan Haryati, anak gadis yg dinodai Ajis telah meninggal kerana tumpah darah.
Kepulangan Ajis telah menimbulkan konflik kerana pembahagian harta pusaka. Ajis terpaksa menyelami rahsia tersebut. Sesuatu yg harus diterima diterimanya sbg takdir Allah dgn dosa-dosa yg dilakukan selama ini. Ajis redha dgn ketentuan Allah.
Dia bertemu dgn dua anaknya selepas tak jemu berusaha mencari serta berdoa. Begitu pun masihkah ada ruang kemaafan utknya?

Tags: #Jalan #Sehala #Telefilem

author
Author: 
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Nantikan drama bertajuk Budak Boys yg akan
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Telefilem Jalan Sehala (TV1)"

    Must read×

    Top