Swedish Meatball Ala Ikea

In Makanan 37 views

Swedish Meatball Ala Ikea

Bahan-bahan
500 gm daging lembu kisar
1/2 labu bawang besar cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan serbuk roti
2 sudu makan mentega
1 biji telur A, kocok ringan
1/4 sudu teh rempah allspices
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk lada hitam

Penyediaan Bebola Meatball
Panaskan mentega, tumis bawang cincang hingga layu.
Masukkan ke dlm mangkuk berisi daging bersama serbuk roti, rempah serbuk, telur dan garam.
Gaul sebati, tutup dgn plastik wrap dan simpan di dlm peti sejuk selama 1 jam supaya adunan serbuk roti dan rempah menjadi sebati.

Keluarkan dr peti sejuk, bulatkan bebola daging.
Dalam kuali masukkan lagi 2 sudu besar mentega, masukkan bebola daging.
Masak dgn api kecil hingga keperangan.  Balikkan supaya masak sekata.  Tutup kuali dgn penutup dan biarkan sebentar hingga kedua belah bebola keperangan.

Angkat dan ketepikan, sementara itu sediakan sos.

Bahan Sos / Gravy
2 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
2 cawan air
1 kiub pati daging Knorr
1/4 cawan krim masakan / susu cair
1/2 sudu kecil gula
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
2 sudu kecil kicap pekat utk mengelapkan sos

Penyediaan :
Panaskan mentega, masukkan tepung dan kacau hingga sedikit perang dan rata.
Masukkan air, kiub pati daging dan reneh sebentar.
Masukkan krim masakan, garam, gula, kicap pekat dan serbuk lada hitam.  Kacau rata.
Kemudian masukkan bebola daging, gaul rata dan tutup kuali.

Reneh sebentar hingga kuah hampir pekat.
Hidang meatball dgn kentang goreng, kentang putar dan brocoli.

Kentang Putar / Mashed Potato

Bahan-bahan
3 biji kentang (kupas, potong dan rebus hingga empuk)
1 sudu besar di cairkan
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk lada putih / hitam
3 sudu besar susu segar

Cara-cara
Rebus kentang hingga empuk. Toskan dan lecek ketika masik panas hingga halus.
Masukkan mentega cair dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin.
Tambah garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.

Swedish Meatball Ala Ikea

Tags: #Ikea #Meatball #Swedish

author
Author: 
    RESEPI BINGKA UBI KAYU SEDAP
    RESEPI BINGKA UBI KAYU SEDAP
    RESEPI BINGKA UBI KAYU SEDAP BAHAN-BAHAN 1
    RESEPI DESSERT AGAR-AGAR TEMBIKAI
    RESEPI DESSERT AGAR-AGAR TEMBIKAI
    RESEPI DESSERT AGAR-AGAR TEMBIKAI BAHAN-BAHAN 1. Potong
    RESEPI KEK MILO VIRAL
    RESEPI KEK MILO VIRAL
    RESEPI KEK MILO VIRAL BAHAN-BAHAN 4biji telur2cawan
    RESEPI SANG KAYA DAN ROTI
    RESEPI SANG KAYA DAN ROTI
    RESEPI SANG KAYA DAN ROTI BAHAN-BAHAN 200ml

    Leave a reply "Swedish Meatball Ala Ikea"

    Must read×

    Top