Sup Ayam Jagung Manis

In Makanan 193 views

Sup Ayam Jagung Manis

Bahan-bahan
1 keping dada ayam
1 batang jagung manis – ambil isinya
1 batang carrot – potong dadu
2 batang saderi – potong
1 tangkai daun bawang – di hiris
1 1/2 liter air
1 biji telur ayam – kocok ringan
2 1/2 sudu besar tepung jagung, larutkan dgn 2 sudu besar air

Bahan Tumis
3 ulas bawang putih, cincang
1 ulas bawang merah, cincang
1 labu bawang besar, cincang
Sedikit minyak masak
1 1/2 sudu teh marjerin

Bahan Perasa
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu teh garam
2 sudu teh gula pasir


Cara-cara :
Rebus dada ayam dgn air, bila ayam berubah warna, angkat dan sejukkan.   Kemudian potong dadu atau carik-carikkan isinya.  Simpan air rebusannya.
Tumis bahan-bahan tumis hingga perang dan naik baunya.  Masukkan jagung, carrot dan saderi, tumis sebentar.
Masukkan air rebusan ayam, isi ayam dan tambahkan bahan-bahan perasa.  Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan perlahan telur dan biarkan selama beberapa minit hingga berserabut.  Kemudian kacau.
Akhir sekali tuang larutan tepung jagung, kacau dan biarkan kuah sedikit memekat.
Enak di makan begitu saja atau bersama roti.

Sup Ayam Jagung Manis

Loading...

Tags: #Ayam #Jagung #Manis

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Sup Ayam Jagung Manis"

    Must read×

    Top