Sup Ayam Cendawan Thai

In Makanan 186 views


Sup Ayam Cendawan Thai

Bahan-Bahan
1 keping dada ayam – potong menyerong
4 cawan air rebusan ayam / stok ayam (Rebus tulang ayam utk stok)
Cendawan Shitake
1 sudu teh garam
3 sudu besar sos ikan
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar jus limau kasturi
1 batang jagung – potong 1/2 in tebal
1 ikat kangkung – Ambil bahagian daun
Cendawan Enoki
3 helai daun ketumbar
1 ikat daun bawang – potong
1 biji tomato – belah 4
1 tangkai cili merah – hiris serong
1/2 sudu kecil mentega

Bahan – Semua di ketuk kasar
4 ulas bawang merah
3 batang serai
1 in halia
4 tangkai cili padi


Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bahan ketuk kasar hingga naik bau.

Tuang air rebusan ayam, garam, gula dan sos ikan.  Biar mengelegak selama 5 minit.

Kemudian masukkan cendawan hitam, jus limau.

Kemudian masukkan jagung, daun bawang, daun ketumbar, cili hiris dan mentega.

Akhir sekali, perlahankan api, masukkan isi ayam, tomato, kangkung, cendawan Enoki.  Didihkan sebentar hingga isi ayam masak.  Sedia di hidang.

Sup Ayam Cendawan Thai


Loading...

Tags: #Ayam #Cendawan #Thai

author
Author: 
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala Ikea
    Swedish Meatball Ala IkeaBahan-bahan500 gm daging lembu
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang Brocoli
    Sup Udang BrocoliBahan-bahan3 ulas bawang merah –
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317
    Nasi Tomyam Seafood Philips PPC HD2317By Kak
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard Cake
    Rainbow Checkeredboard CakeBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan430gm

    Leave a reply "Sup Ayam Cendawan Thai"

    Must read×

    Top