Sultan Kedah Gering | Berita Tidak Benar

In Terkini 134 views

Sejak kelmarin viral di media-media sosial spt FAcebook dan Whatsapp yg mengatakan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sedang gering.

Mesej yg bertulis sepert ini, “Assalamualaikum wbt.. Dukacita Dikhabarkan KBDYMM Tuanku Sultan Kedah Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dlm keadaan gering… sama samalah kita doakan semoga ALLAH SWT menyembuhkan segala kegeringan Tuanku Sultan serta dikuniakan kesihatan yg terbaik utk Tuanku Sultan.”

Sultan Kedah Gering Tidask Benar

Turut disertakan bersama-sama mesej tersebut gambar satu salinan surat pemakluman dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, yg meminta masjid-masjid di Kedah mengadakan solat hajat selepas selesai Sembahyang Jumaat hari ini.

Walaubagaimanapun, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah, tampil menafikan berita tersebut dan menyatakan sesalnya.

“Kenyataan tular itu tak benar. Alhamdulillah bgnda sihat tapi kita mesti sedar umur bgnda hampir 90 tahun jadi mungkin tak sekuat masa dahulu.

“Walaupun begitu, baru-baru ini bgnda ada melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’17) dan perasmian Masjid Padang Lalang di Langkawi,”

Berkaitan dgn gambar surat yg disertakan bersama-sama mesej tersebut pula, Syed Unan Mashri menjelaskan surat yg dikeluarkan bg mengadakan sembahyang hajat utk kesejahteraan dan kesihatan Sultan Kedah itu adalah satu usaha berterusan yg diadakan dr masa ke semasa sejak dahulu lagi.

Ia bg memohon supaya Allah SWT mengurniakan kesihatan yg berpanjangan kpd Sultan Kedah, katanya.

Tags: #BENAR #Berita #Gering #Kedah #Sultan #Tidak

author
Author: 
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Nantikan drama bersiri berjudul ‘Ahmad Rosli Arwahkan
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14

    Leave a reply "Sultan Kedah Gering | Berita Tidak Benar"

    Must read×

    Top