Song Joong Ki dan Song Hye Kyo Bakal Berkahwin Oktober Ini

In Terkini 88 views
Sesiapa yg mengikuti perkembangan gosip kisah cinta antara Song Joong Ki (32) dan Song Hye Kyo (36) pasti tak menyangka bahawa mereka bakal berkahwin pd tahun ini.
Pasangan Song-Song ini mendapat perhatian selepas kejayaan drama mereka, Descendant of The Sun pd tahun lepas. Disebabkan oleh kemesraan mereka berdua, netizen Korea sering berpendapat bahawa mereka sedang dlm hubungan percintaan. Tetapi perkara tersebut sering dinafikan oleh mereka berdua walaupun terdapat bukti-bukti yg mengatakan mereka sedang bercinta.
Setelah sekian lama berdalih, mereka akhirnya mengumumkan akan berkahwin pd 31 Oktober tahun ini. Perkara tersebut telah diumumkan oleh wakil syarikat mereka, Blossom Entertainment and United Artists Agency (UAA) pd 5 Julai 2017.
Berikut merupakan ringkasan pengumuman drpada mereka:
“Hello. Kami merupakan wakil dr syarikat Blossom Entertainment and UAA.

“Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd peminat Korea dan antarabangsa yg telah menunjukkan sokongan dan minat terhadap Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Di samping itu, kami juga ingin meminta kerjasama anda semua utk pengumuman mengejut yg bakal kami sampaikan.

“Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akan mengadakan majlis perkahwinan mereka pd hari terkahir Oktober tahun ini. Perkahwinan ini bukan hanya perkara peribadi antara pasangan tetapi juga memerlukan kerjasama antara dua keluarga.

Disebabkan itu, kami sangat berhati-hati agar perkara ini tak tersebar sebelum pengumuman tarikh perkahwinan mereka dan akhirnya kami mengambil keputusan utk mengumumkan perkara ini. Kami mengharapkan kerjasama dr semua anda agar memahami dan menyokong keputusan mereka.

“Kami juga berharap agar anda semua dapat mendoakan kebahagiaan perkahwinan mereka. Mereka berdua akan mengadakan sidang akhbar berasingan dgn peminat utk mengumumkan sendiri perkara tersebut. Terima kasih.”

Tags: #Bakal #Berkahwin #Joong #Oktober #Song

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Song Joong Ki dan Song Hye Kyo Bakal Berkahwin Oktober Ini"

    Must read×

    Top