Sinopsis Wanita Terindah

In Terkini 80 views

Wanita Terindah

Saksikan gandingan Fattah Amin dan Nur Fazura dalan Wanita Terindah yg akan ditayangkan di platform Astro First Eksklusif saluran 480 pd 2 November 2017.
JUDUL : WANITA TERINDAH 
TARIKH TAYANGAN : 2 November 2017
SIARAN : Astro First Eksklusif 480
SKRIP : Rafidah Abdullah
PENGARAH : Joon Goh
TERBITAN : Red Films Sdn Bhd & FastyleAsia
PELAKON : Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Nik Adam Mika, Sarah Hildebrand, Samantha Kay, Ridzuan Hashim, Abu Bakar Juah
LAGU TEMA / OST
Tajuk : Aku Sayang Kamu
Penyanyi : Harissa Adlynn
Lirik : Anas Amdan and Aizat Amdan.

SINOPSIS WANITA TERINDAH
Mengisahkan Fahim (Fattah Amin), seorang jurugambar di sebuah syarikat penerbitan majalah yg memiliki perwatakan yg panas baran, kurang penyabar dan degil. Namun begitu, beliau yg merupakan seorang anak tunggal begitu akrab dan menyayangi ibunya (Liza Othman), hingga menamakan wanita itu ‘Wanita Terakhir’-nya dan tiada wanita lain yg mungkin mampu menandingi ibunya.
Mungkin kerana begitu menghargai pengorbanan ibunya selama ini yg membesarkan beliau secara bersendirian, Fahim begitu terkesan apabila ibunya membawa pulang seorang anak istimewa dr pusat jagaan yg mana ibunya berkhidmat sbg seorang sukarelawan. Fahim tak dapat menerima kehadiran Fikri (Adam Mika) dan mula memberontak di awal kemunculan anak ini di rumahnya.
Namun begitu, rakan sekerja Fahim yg juga merupakan seorang wartawan, Nuryn (Nur Fazura) berjaya mengubah persepsi Fahim akan Fikri dan beliau kemudiannya mula menerima anak kecil ini.
Namun begitu, tatkala mereka mula meniti kebahagiaan sbg sebuah keluarga, kecelakaan tiba-tiba menimpa keluarga ini dan Fahim kehilangan seorang insan tersayang. Bagaimanakah Fahim menerima ketentuan ini? Adakah beliau semakin memberontak hingga melukakan hati mereka yg selama ini sentiasa berada di sisinya? Atau beliau redha dan menerima ini sbg satu ujian dr Yang Maha Esa.

Tags: #Sinopsis #Terindah #Wanita

author
Author: 
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin Nama Komersil:
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Sinopsis Wanita Terindah"

    Must read×

    Top