[Sinopsis] Titian Cinta

In Terkini 25 views
Sinopsis Novel
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dgn nekad mahu menuntut janji yg pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yg terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan utk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yg masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dgn tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dgn awak, that’s the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yg sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pd jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yg tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yg sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

 
——————————————————————————————————–
 
Sebuah drama yg berjaya mencipta FENOMENANYA TERSENDIRI yg berjaya menambat hati 11 Juta penonton pd episod akhir dan 10 Juta penonton utk setiap episod.
 
Gandingan yg berjaya antara Zul Ariffin dan Farah Nabilah, seorang pelakon baru.
 

 
 
 

Tags: #Cinta #Sinopsis #TITIAN

author
Author: 
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin Nama Komersil:
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "[Sinopsis] Titian Cinta"

    Must read×

    Top