[SINOPSIS] Salju Kyoto

In Terkini 49 views
Sinopsis Novel
‘When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.’

Musim dingin 2015. Kyoto.

Semuanya bermula pd malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yg ingin mencari sahabat yg hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dlm persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.

A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.

“Stay away from him.”

Tetapi, bagaimana mungkin aku lari drpadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?

“She’s my woman. You touch her… and you die.” – A.K.

Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yg tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?

“If you feed an evil soul, he’ll become a devil.” – Badri

Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang… dgn status sbg isteri kpd Arjuna Kaede.
Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kpd lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, spt itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Mereka boleh datang menyerang, tetapi bukan semudah itu utk aku menyerah kalah. Pantang maut sebelum ajal!

“Masanya sudah tiba utk aku jadi singa betina.” – Nailah

Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yg akan terjadi kpd Badri?

Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini… kisah aku.

Tags: #Kyoto #Salju #Sinopsis

author
Author: 
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Nantikan drama bertajuk Budak Boys yg akan
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "[SINOPSIS] Salju Kyoto"

    Must read×

    Top