[SINOPSIS NOVEL] Mr Secret Admirer

In Terkini 170 views
Assalamualaikum..
Sinopsis Novel

Kisah bermula apabila Zureen ditawarkan bekerja sbg jururawat peribadi kpd seorang lelaki kacukan Arab-Pakistan, Syed Redza yg baru tersedar dr koma akibat kemalangan jalan raya. Pekerjaan yg disangka mudah, rupa-rupanya serba mencabar apabila dia sering saja menjadi mangsa kemarahan dan sikap baran lelaki kepala batu itu.

Di pihak Syed Redza, hatinya memegang kukuh sebuah dendam. Kerana terlalu membencikan tunangnya, dia turut melempiaskan rasa yg serupa kpd Zureen. Baginya perempuan semuanya sama, semua tak boleh dipercayai. Sungguh hatinya benci.

“Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi, tapi dibelakang macam racun!” – Syed Redza

Kebencian Syed Redza tak masuk akalitu membuatkan Zureen semakin tersepit. Dia mahu larikan diri sejauh mungkin, namun kakinya dirantai dgn janji bersama Datin Raja Fatimah. Dan kehadiran abang angkatnya, Dr Haziq semakin menambah beban apabila pangkat ‘adik’ itu rupa-rupanya sekadar di bibir. Di hati lelaki itu tersirat makna yg lainnya, makna yg jelas berbeza.

Namun apabila cinta dan rindu yg terpendam utuh mulai terancam. ego seorang Mr.Secret Admirer dicampak jauh ke tepi. Dari rasa benci yg membuat tinggi, hati Syed Redza disapa rasa cemburu apabila perhatian Zureen teralih kpd Dr. Haziq. Jiwanya mula kacau bilau tak keruan.

Perubahan dua ratus peratus Syed Redza membuatkan Zureen kematian kata. Daripada sikap yg suka mendengus dan membentak, lelaki itu seolah-olah cuba mencuri hatinya. Akur dgn rasa yg serupa, Zureen akhirnya memberi ruang dan peluang utk membina bahagia bersama. Namun, sebegitu mudahkan cinta mereka bersatu? Dan mampukah Mr. Secret Admirer memegang cintanya hingga ke akhir waktu?

 “Hanya Allah yg tahu apa niat aku. Hanya Allah yg tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri.” – Zureen

NANTIKAN adaptasi novel ini ke drama yg akan mengandingkan Elfira Loy sbg Zureen dan Fezrul Khan sbg Syed Redza

 

Carian Berkaitan

novel mr secret admire bab32, sinopsis novel titian cinta bab 32, titian cinta bab 32

Tags: #Admirer #NOVEL #Secret #Sinopsis

author
Author: 
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Tajuk : Bini Muda Tarikh : 20

    Leave a reply "[SINOPSIS NOVEL] Mr Secret Admirer"

    Must read×

    Top