[SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey

In Terkini 50 views

Sinopsis Novel

Setia itu mahal yg tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.

“Malique Greygory Kamal bin Grey Muslim….”

“Saya…”

“Aku nikahkan dikau dgn anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dgn mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai…”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dgn mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka utk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yg menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yg mencintai Nisa sejak drpada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yg berbeza. Datin Musalma memilih utk terus membenci. Ilham Arsyad memilih utk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” – NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY

Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dr jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dgn caranya yg tersendiri hingga timbul persoalan dlm diri Nisa kenapa dia tak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia…

Mr. Grey membuat pilihan utk menghilangkan diri. Dia memutuskan utk kembali kpd Datin Musalma.

“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY

Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan utk terus setia kpd Mr. Grey yg tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan utk memilih Ilham Arsyad?

“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” – ILHAM

“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak utk halang abang sukakan Nisa.” – NISA

Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan…

Tags: #Mr.Grey #NOVEL #Sinopsis

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "[SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey"

    Must read×

    Top