[SINOPSIS NOVEL] Assalamualaikum Cinta

In Terkini 144 views
Assalamualaikum..
Sinopsis Novel

Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dgn Rykal memulakan misi mereka utk memikat gadis bernama Emma dan Nia yg dikenali dgn tak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yg akan sebut ‘ I Love You’ dulu kpd mereka, dia yg akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dgn lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya adalah jenis yg suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka utk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yg terdekat ialah abang iparnya bernama Daniel yg selalu berkasar dgn kakaknya, Natasya.

Perkenalan dgn tak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dlm mimpi ngeri. Dia tak suka dgn sikap lelaki tersebut yg suka memaksa utk menerimanya sbg kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bg kat girlfriend kau.. Sepatutnya kau bg kat dia. bukannya kat aku” – Emma Harlini.

“Aku pelik.. kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukan suruh kau bayar pun!” – Azrif Iqbal.

Untuk Nia pula, perkenalan dgn Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dlm hidupnya. Lagi-lagi ayahnya amat tegas dlm mengawal kebebasannya utk berkawan dgn lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siap-siapa kat situ? – Rykal Safuan.

“Sahlah yg ni jenis tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang dgn muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak minta maaf… Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kau tu out tak guna, bro… Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” – Nia Sakinah.

Walaupun dihambur dgn pelbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dgn misi mereka. Emma dan Nia yg pd mulanyatidak berapa suka dgn semua itu, akhirnya menyedari yg sebenarnya hati mereka telah mula terpaut suka pd Azrif dan juga Rykal.

Dek terlalu teruja dgn misi mereka yg sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pd malam yg sama. Saat itu, serta merta Emma dan Nia memutuskan utk tak berjumpa dgn mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke?Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yg saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” – Emma Harlini.

“Nasib baik negara ni ada undang-undang.. Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana.. mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” – Nia Sakinah.

Kettika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tak kena. Mereka berdua sedar yg misi mereka itu sebenarnya mereka sudah mula  jatuh cinta  pd Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut utk menunangkan mereka berdua dgn calon pilihan sendiri.

Jadi, apa yg terjadi pd Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dgn cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dgn majlis pertunangan mengejut itu?

Saksikan drama adaptasi ini di Astri Ria dan Astro Ria HD setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam hingga 11.00 malam.

Adaptasi ke drama yg akan mengandingkan Saharul Ridzwan bersama Ayda Jebat, Kamal Adli bersama Emma Maembong.


Carian Berkaitan

novel assalamualaikum cinta, Novel assalamualaikum, sinopsis novel assalamualaikum cinta

Tags: #Assalamualaikum #Cinta #NOVEL #Sinopsis

author
Author: 
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November

    Leave a reply "[SINOPSIS NOVEL] Assalamualaikum Cinta"

    Must read×

    Top