[SINOPSIS NOVEL] 7 Hari Mencintaimu

In Terkini 83 views
Assalamualaikum..
Sinopsis Novel

Khuzairi, dlm diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia  seorang perindu yg setia. Namun sikap angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian unutk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yg tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dgn anak orang kaya! Sedar-sedarlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dgn akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So… apakata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh disudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu utk terus menahan makian dan hinaan yg dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan tapi aku tak mampu utk membuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar..”

Amanah? Amanah siapa yg digenggam oleh Khuzairi itu, hingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakan Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah diri sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam buat dirinya.

__________________________________________________

Jangan lupa utk menyaksikan drama adaptasi ini yg akan ditayangkan pd bulan November 2016 yg akan menyaksikan gandingan Shukri Yahaya bersama Siti Saleha

 

Tags: #Hari #Mencintaimu #NOVEL #Sinopsis

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "[SINOPSIS NOVEL] 7 Hari Mencintaimu"

    Must read×

    Top