[SINOPSIS] Milik Engkau Saja

In Terkini 131 views

Sinopsis Novel

Darlina si gadis ‘forever alone’ sudah bertahun-tahun hidup terasing di bumi sendiri. Kenapa? sebab dulu dia pernah buat gempar satu Malaysia dgn perangai tak senonoh yg sangat memalukan. Kesannya? Dia dibuang keluarga, dipinggir ramai kawan, hilang privasi, dan masa depannya dah confirmed gelap!.

Namun pertemuan tak sengaja bersama seorang pemuda bernama Izz Ariff di pet shop tempatnya berkerja membuatkan Darlina terpegun. Lelaki hensem, maco, gagah perkasa tapi boleh menangis sebab seekor kucing? Oh my, lembutnya hati!

“Please, please do something utk selamatkan dia…” – Izz Ariff

“Encik, I bukan veterinarian. I memang tak boleh tolong you..” – Darlina

Dalam pd tak boleh tolong, akhirnya Darlina tertolong juga. Dan permulaan itu memutikkan keintiman yg ternyata berjaya mengubah jalan hidupnya. Sedikit demi sedikit sinar kebahagian mula menjengah ke hati. Tapi dr gelaran best friend, kini Izz Ariff menuntut sesuatu yg lebih istimewa. Nak jadi boyfriend pulak! Alahai, apa dia nak buat kalau Izz Arif si ‘putera’ tampan yg super caring sudaj sekian lama menjadi milik si puteri kayangan? Layak ke dia yg serba serbi hina ini nak bersaing merebut kasih?

Walaupun bahagia dgn kehadiran Izz Ariff, jiwa Darlina masih bergolak hebat. Selagi mama dan papa tak mengampunkan dosanya, selagi itulah dada sesak mengatur nafas. Takkanlah sampai ke akhir hayat dia nak hidup dgn award ‘Anak Paling Memalukan’? Dia tak nak! Tapi macam mana dia ingin memohon ampun dan maaf kalau muka dia pun mama dan papa tak sudi nak pandang?

Pening kepala dgn masalah keluarga satu hal, kesabaran Darlina diuji pula dgn perangai si ‘madu tak jadi’ yg asyik mencari fasal. Gadis bernama Irdina itu memegang dendam dan sering mencari peluang utk menyakiti perasaannya. Penat sungguh apabila diuji dr satu ujian ke satu ujian.

Dan di akhir cerita, mampukah Darlina yg popular dgn jolokan ‘Darlina Newcastle’ hidup bahagia semula? Atau di perlu kembali bersembunyi dan meratap kesal sampai ke hari tua?


Carian Berkaitan

milik engkau saja sinopsis

Tags: #Engkau #Milik #Saja #Sinopsis

author
Author: 
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November

    Leave a reply "[SINOPSIS] Milik Engkau Saja"

    Must read×

    Top