Sinopsis Memori Pajeri Nanas

In Terkini 277 views

Memori Pajeri Nanas

Filem TV terbaru di Astro First Eksklusif berjudul Memori Pajeri Nanas bakal menampilkan gandingan hebat Alif Satar, Tiz Zaqyah dan Siti Saleha. Telefilem karya Aidilfitri Mohamed Yunos ini menggabungkan kisah perkahwinan dan cinta kpd masakan. Saksikan ‘Memori Pajeri Nanas’ mulai 20 Julai 2017 di Astro First Eksklusif (saluran 480) dgn langganan serendah RM 15.90 utk tontonan dlm tempoh 48 jam dr waktu pembelian.

JUDUL : MEMORI PAJERI NANAS
TARIKH TAYANGAN : 20 Julai 2017 
SIARAN : Astro First Eksklusif (Saluran 480) 
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : TSAR Asia Sdn Bhd
PELAKON : Alif Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha
SINOPSIS MEMORI PAJERI NANAS
Mengisahkan Chef Armand (Alif Satar) begitu dikenali dgn resipi makanan hebat beliau. Sajian tradisional yg disediakan acap kali menjadi hidangan pilihan pengunjung di restoran-restoran terkemuka di ibu kota. Setiap satu air tangan beliau berjaya memenangi hati penggemar makanan hinggakan mereka berkehendakkan lebih pilihan menu dr Chef Armand. Semuanya dilihat sempurna pd diri Armand. Seorang tukang masak yg hebat, bekerjaya, muda, dikurniakan seorang isteri yg cantik dan keluarga yg berlatarbelakangkan orang baik-baik.
Namun begitu, itu adalah sekadar luaran dan tak mencerminkan apa yg terbuku di hati Armand. Armand mula kehilangan sentuhan masakannya. Mahligai perkahwinan yg dibina antara Armand (Alif Satar) dan Kayla (Tiz Zaqyah) dilihat mula goyah apabila kedua-dua mereka terlampau sibuk dgn kerjaya masing-masing. Armand merupakan seorang Chef dan perunding makanan utk restoran-restoran terkemuka di Kuala Lumpur. Manakala isterinya, Kayla pula merupakan seorang wanita berkerjaya yg sentiasa sibuk dgn tugas di pejabat (agensi pengiklanan). Tuntutan tugas menjadikan kedua-dua mereka sentiasa berada di dlm keadaan tertekan hinggakan tak mempunyai masa utk diluangkan bersama. 

Pelakon Memori Pajeri Nanas
Armand dan Camelia
Keadaan dilihat menjadi semakin keruh apabila Kayla terdengar perbualan telefon di antara Armand dan kawan baiknya, Camelia (Siti Saleha) yg turut merupakan bekas teman wanita Armand. Kayla mulai cemburu dan hubungan mereka semakin berantakan hinggakan beliau ingin berpisah dr Armand.
Armand ternyata tak ingin mengaku kalah dan beliau mencuba sedaya upaya utk menyelamatkan kembali perkahwinan yg dibina ini. Pendekatan beliau adalah menerusi masakan-masakan tradisional yg dihidangkan kpd Kayla ketika berbuka puasa.
Sepanjang 30 hari Ramadan, Armand meminta Kayla utk pulang ke rumah dan berbuka puasa bersama dgn hidangan yg disediakan khas olehnya. Kayla bersetuju dgn syarat yg diberikan Armand dan jika cubaan ini gagal, Kayla tetap dgn keputusannya utk berpisah dgn Armand.
Dalam pd itu, Armand dilihat sentiasa bertemu dgn Camelia utk membantu beliau dgn masakan yg disediakan. Camelia juga merupakan seorang Chef dan memiliki sebuah restoran di pusat bandar.
Pada masa yg sama, Camelia turut menasihati Armand akan cara-cara utk memenangi hati isterinya kembali. Namun begitu, perjumpaan tersebut telah di salah-ertikan oleh Kayla dan beliau merasakan perkahwinan ini adalah sia-sia dan tak lagi dapat diselamatkan.
Kayla kemudiannya membuat keputusan utk keluar dr rumah, meninggalkan Armand dan membawa diri ke luar negara. Armand masih lagi tak mengalah. Beliau menyediakan masakan kegemaran Kayla, pajeri nanas dan berkejaran ke lapangan terbang utk sekali lagi memujuk hati Kayla.
Berjayakah Armand memenangi kembali hati Kayla?
LAGU TEMA / OST 
Lagu : Sampai Hati
Penyanyi : Athia Haron 
YouTube : https://youtu.be/z-GrgAynZx0

Carian Berkaitan

sipnopsis memori pajeri nenas astro aliff satar, memori pajeri nenas ost, memori pajeri nenas sinopsis, memori pajeri nenas sipnosis

Tags: #Memori #Nanas #Pajeri #Sinopsis

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Sinopsis Memori Pajeri Nanas"

    Must read×

    Top