[SINOPSIS] Mamat Muka Selenga

In Terkini 51 views
Assalamualaikum..

Sinopsis Novel

NurFatihah Husna – Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga balal suami aku tu orangnya sedap mata aku memandang, sebab aku nak bersama dia seumur hidup, dan kalau boleh sampai ke syurga! Jadi, tak salah kan kalau aku memilih? Dan nak buat macam mana kalau kategori sedap mata memandang aku itu rupanya macam Kim Soo Hyun, Lee Min Ho atau paling kurang pun Syarul Ridzwan? Tak salah, kan? haha. Tapi dlm banyak-banyak pilihan yg ada, kenapa dia juga yg muncul dlaam hidup aku? Kenapa mesti dia?

Fahmi Nazarul Ain – Tengok dr bawah memang dah cukup segak, dgn tingginya macam model, tetapi bila lihat wajahnya, memang selenga habislah. Suara sudahlah macam petir lepas tu tersengih saja kerjayanya. Hobi dia pula melalak dua puluh empat jam. Meluat betul aku.

“Saya dah nak tidur tahu tak? Boleh tak main gitar tu esok aje? Tak aman ke jiwa awak kalau tak main gitar dgn menyanyi tu sehari?” – Fatih

“Orang tua-tua cakap, marah tu tandanya sayang.” – Fahmi

Semakin aku menyampah, semakin galak dia mengusik aku. Tapi bila dia senyap, aku pula yg rindu. Aduh, kenapa dgn aku ni? Tak mungkin aku boleh suka dekat mamat sengal tu, tak mungkin.

Aydan Daniel – Anak majikan tempat aku kerja, wajahnya persis jejaka korea, buat hatiku tergoda tetapi wajah kacak begitu memang wajib jadi playboy ke? Baru saja nak jatuh cinta, jadi berbulu mata tengok dia berkepit dgn perempuan-perempuan tak cukup kain. Tapi manusia boleh berubah, kan? hehe.

Rain – Artis popular tanah air yg segak dan bergaya, digilai ramai peminat tetapi disebalik popularitinya itu dia masih seseorang yg aku kenal, yg terlalu lama aku tak bersua dan rindukan setengah mati.

Kenapa pd saat aku menanti jodoh persis korea, dia muncul dgn sengihnya tetapi pd saat rasa suka itu baru saja mahu berputik, dia langsung tak punya tanda mahu luahkan cinta? Adakah dia benar suka atau aku sekadar syok sendiri? Tega betul dia permainkan perasaan aku yg rapuh ini. Memang kurang asam jawa betul mamat ni!

Putih putih melati, merah merah delima,

Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa mamat muka selenga?

Tags: #Mamat #Muka #Selenga #Sinopsis

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "[SINOPSIS] Mamat Muka Selenga"

    Must read×

    Top