Sinopsis Makrifat Cinta

In Terkini 18 views
Sinopsis Makrifat Cinta

Filem Makrifat Cinta arahan Kamal G dilhlamkan dr sebuah kisah benar tentang kesusahan hidup ditempuhi oleh Mahathir bersama keluarga sebelum menjadi seorang jutawan dgn membina sebuah aplikasi yg dijual. Kisah itu semua diterjemahkan oleh pelakon-pelakon hebat spt Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Putri Balqis dan Datuk Aznil Haji Nawawi. Filem terbitkan Dhananwoodd Films Sdn Bhd itu akan ditayangkan dipawagam seluruh negara mulai 1 Februari 2018.

TAJUK : MAKRIFAT CINTA 
Tarikh Tayangan : 1 Februari 2018
Genre : Drama
Pengarah : Kamal G
Terbitan : Dhananwoodd Films Sdn Bhd
Pelakon : Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi, Sabrina Ali

WATAK PELAKON
Syamsul Yusof sbg Mahathir
Nora Danish sbg Sofea
Dato’ Adi Putra sbg Rizal
Nabila Huda sbg Zarah
Puteri Balqis sbg Aisha
Datuk Aznil Haji Nawawi sbg Datuk Aznil
Sabrina Ali sbg Cikgu Faridah

SINOPSIS MAKRIFAT CINTA 

Mahathir, seorang lelaki yg tergolong dlm kelas menengah bawahan, sentiasa bertungkus lumus mencari nafkah buat keluarganya. Namun begitu, dia sering kekurangan wang kerana isterinya, Zara yg suka membazir. Zara suka membebel dan meghina Mahathir. Ini telah menjadi suatu kebiasaan kerana Mahathir tak mampu membeli barang barang kemasan dan juga pakaian yg mahal buatnya. Selain drpada itu, Zara sering meminjam wang utk menampung keinginan dan kehidupannya yg mewah itu. Mahathir dan Zara juga dikurniakan seorang anak yg bernama Aisha yg sangat akrab dgn bapanya itu

Sekarang, Mahathir sedang mencipta satu aplikasi yg unik dan yakin akan berjaya menjualnya suatu hari dan menjadi seorang jutawan yg kaya raya. Ini merupakan cita- citanya. Zara mempunyai seorang adik yg bernama Rizal, merupakan seorang penagih dadah dan penjudi. Dia sering meminjam wang dr Zara dgn alasan berniaga. Zara pula, meminta Mahathir meminjam wang bg menampung kehidupannya yg mewah itu Zara sering meghina Mahathir akan kekurangannya dan ini telah menyebabkan Mahathir dan Aisha rasa bersalah. Oleh kerana terdesak, Mahathir mula meminjam wang drpada Ah Long utk menampung Zara. Namun begitu, Zara masih tak berpuas hati dan membawa Aisha pergi, meninggalkan Mahathir. Mahathir, yg sangat menyayangi anaknya itu menunggu di hadapan sekolah semasa Zara menghantar Aisha. Dia bertikam lidah bersama Zara dan mengambil Aisha yg ternyata, ingin bersama bapanya.

Suatu hari, di dlm keretapi, Mahathir bertemu dgn Sofea, rakannya yg lama dr kolej. Sofea merupakan seorang wanita Indonesia yg cantik, pandai dan lembut berbahasa. Semenjak pertemuan itu, hubungan Mahathir dan Sofea semakin mendalam dan Aisha juga mula menyukai Sofea. Pada suatu hari, Aisha jatuh sakit dan Sofea menawarkan diri utk menjaga dan memasak utk mereka berdua. Ketika itu, Zara telah kembali ke rumahnya utk mengambil pakaian dan setelah melihat Sofea di sana, tercetus satu pergaduhan antara mereka. Mahathir memihak ke Sofea dan Zara akhirnya meninggalkan rumah tersebut dgn marahnya
Zara telah mengadu perkara ini kpd adiknya, Rizal. Ini menyebabkan Rizal menjadi emosi dan tak dapat mengawal kemarahannya. Dia memberi amaran kpd Mahathir agar memutuskan hubungannya dgn Sofea. Dalam pd itu, Sofea seorang yg memahami dan sering memberi dorongan kpd Mahathir utk terus menyiapkan rekaan aplikasi yg mana sekiranya dijual, dia bakal menjadi seorang jutawan serta merta.

Tags: #Cinta #Makrifat #Sinopsis

author
Author: 
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Nantikan drama bertajuk Budak Boys yg akan
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Sinopsis Makrifat Cinta"

    Must read×

    Top