[SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta

In Terkini 44 views

Sinopsis Novel

Riyana seorang gadis dr keluarga sederhana. Seorang pelajar yg bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dgn Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yg kau saja jatuhkan buku, pdhal terkena sikit aje, saja nak kenal dgn aku, kan?” sindirnya.

“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dgn abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dgn musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dgn Zafran. Tetapi dia tak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dgn sikap suaminya tetapi juga dgn emak mentua yg begitu membencinya.

“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, utk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dlm hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dgn isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Ya Allah! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

“Kau junjung sangat budak ni kan? Aku nak tengok bahagia mana kau hidup dgn dia! Kau lagi sanggup pilih dia dr suami! Kau dengar sini, bersaksikan semua orang. Aku ceraikan kau dgn talak satu!”

Saat ini setitis air mata pun tak menitis di pipinya. Hanya anaknya dipeluk dgn erat. Jangan menangis Cinta. Jangan menangis. Cinta Aryana kurniaan yg tak ternilai dr Yang Maha Esa.


Carian Berkaitan

jangan menangis cinta sinopsis

Tags: #Cinta #Jangan #MENANGIS #Sinopsis

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "[SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta"

    Must read×

    Top