Sinopsis Filem Kerja Kahwin

In Terkini 116 views

Kerja Kahwin

Janna Nick akan muncul dlm filem Kerja Kahwin yg memaparkan budaya dan keunikan perkahwinan tradisional orang Melayu di kampung. Sebuah filem komedi arahan Anwardi Jamil terbitan Wayang Padu Sdn Bhd. Antara barisan pelakon lain menjayakan filem ini ialah Dato’ Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Ziema Din, Aziz M. Osman, Syed Ali, A. R. Badul, Henzi Andalas, dan Syanie. Filem yg dihasilkan pd tahun 2015 ini terlebih dahulu ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa spt Festival Filem Asia Capri di Itali dan One Country One Film di Perancis. Filem Kerja Kahwin bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Julai ini.
TAJUK : KERJA KAHWIN (RAGAM-RAGAM MAJLIS KAHWIN)
Tarikh Tayangan : 20 Julai 2017
Genre : Komedi / Romantik
Pengarah : Anwardi Jamil
Terbitan : Wayang Padu Sdn Bhd
Pelakon : Janna Nick, Dato’ Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Mubarak Majid, Ziema Din, Henzi Andalas, A. R. Badul, Den Wahab, Ramasundram, Daniella Sya, Theera Alias, Aziz M. Osman, Syed Ali, Arman Shah, Noor Hasnah Adam, Mary Anne Galistan, Syanie, Hamid Gurkha
SINOPSIS KERJA KAHWIN
Berkisarkan tentang gadis kota, Farah yg bakal menamatkan zaman bujangnya. Farah memilih utk berkahwin secara tradisional di kampung. Beliau membuat keputusan itu bg memenuhi permintaan Mak Tok yg mahu majlis perkahwinan dibuat mengikut adat budaya tradisi Melayu dan bukannya di hotel mewah. Bagaimanapun, mengadakan perkahwinan di kampung bukanlah tugas mudah kerana dia memerlukan bantuan drpada pelbagai orang. Bermula dgn persiapan hingga hari majlis perkahwinan pelbagai kejadian dan ragam dapat dilihat termasuk gelagat pengantin, mak andam, bunga telur, joget lambak serta persiapan menyediakan hidangan. 
OFFICIAL TRAILER

Tags: #Filem #Kahwin #Kerja #Sinopsis

author
Author: 
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Nantikan drama bersiri berjudul ‘Ahmad Rosli Arwahkan
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14

    Leave a reply "Sinopsis Filem Kerja Kahwin"

    Must read×

    Top