Sinopsis Filem Jibam

In Terkini 272 views

Jibam

Filem Jibam merupakan adaptasi drpada karya kartunis terkenal Ujang. Ditunjangi oleh Muhammad Ariff Abdullah. Turut menampilkan barisan pelakon spt Syafie Naswip, Bohari Ibrahim, Esma Daniel, Fadlan Hazim, Mia Ahmad dan Kazar Saisi. Sebauah filem arahan Che Mie terbitan Spektra Selasih Sdn Bhd. Filem Jibam akan ditayangkan di pawagam pd 7 Disember 2017.  
TAJUK : JIBAM
Tarikh Tayangan : 7 Disember 2017
Genre : Drama / Komedi
Skrip : Asmira Suhadis
Pengarah : Che Mie
Terbitan : Spektra Selasih Sdn Bhd / Creative Enterprise Sdn Bhd
Pelakon : Mohd Ariff Bin Abdullah, Bohari Ibrahim, Syafie Naswip, Esma Daniel, Farah Ahmad, Kazar Saisi, Fadlan Hazim, Mia Ahmad, Kamarool Hj Yusof
WATAK PELAKON 
Mohd Ariff Abdullah sbg Jibam
Bohari Ibrahim sbg Tok Ngah Sudin
Esma Danial sbg Suman
Syafie Naswip sbg Kadir
Fadlan Hazim sbg Fakir
Mia Ahmad sbg Zamiah
Nur Farahaizah sbg Piah
Kazar Saisi sbg Wok
Kamarool Hj Yusoff sbg Usin Singai

SINOPSIS JIBAM
Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa iaitu Jibam atau Ashraf yg sedikit lembab akal fikirannya, namun Jibam mempuyai keistimewaan yg tersembunyi. Jibam mewarisi kepandaian bapanya Suman utk mengubati penyakit. Suman mati terbunuh dlm hutan dan kematiannya sungguh misteri. 
Selain itu, turut diketengahkan tentang Tok Ngah Sudin yg pasti menimbulkan kebencian/kemarahan setiap penonton kpd watak ini kerana sikapnya yg mengkhianati persahabatan dan permusuhanya dgn Jibam hingga sanggup utk menamatkan riwayat anak kecil ini. Selalu benar Tok Ngah Sudin memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin.Bukan watak Tok Ngah Sudin saja yg membencikan, malah watak Fakir juga amat memberikan kesan. Fakir merupakan abang sulung Jibam namun sekadar abang pd nama. Fakir bukanlah abang mahupun anak yg baik. Tidak memperdulikan kesusahan keluarga sendiri, pandang rendah dan langsung tak membela nasib adik sendiri. Yang Fakir tahu hanyalah bermain cinta dgn anak Tok Ngah Sudin dan harta-harta peninggalan Suman. 
Jibam juga dibenci Usin Singai, marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dlm rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yg sebenarnya dimiliki oleh Suman. Dan Jibam, anak yg bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yg diwarisi dr ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai. Watak spt watak Kadir, abang kedua Jibam, dan Piah ibu Jibam menghidupkan lagi jalan cerita. Kadirlah yg banyak membela Jibam walau caranya agak kasar. Kadir berusaha utk mendapatkan kembali tanah-tanah peninggalan bapanya. Sebagai ibu Piah, seorang yg tenang dlm melayani karenah anak-anaknya terutama Jibam yg selalu menjadi mangsa buli orang-orang kampung .

Carian Berkaitan

sinopsis cerita jibam

Tags: #Filem #Jibam #Sinopsis

author
Author: 
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Nantikan drama bertajuk Budak Boys yg akan
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Sinopsis Filem Jibam"

    Must read×

    Top