Sinopsis Filem Indonesia Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017)

In Terkini 74 views
MENJADI trending sekarang, Filem Indonesia, Surga Yang Tak Rindukan kembali dgn filem sekuelnya, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (#SYTD2) tahun ini. Filem yg diangkat dr novel popular karya novelis Asma Nadia ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Februari 2017 dan membariskan pelakon-pelakon hebat spt Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella dan Raline Shah, Reza Rahadian serta pelakon popular Malaysia Nora Danish.

                 Image result for Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017)           

TAJUK : SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2017
Genre : Drama
Skrip : Alim Sudio, Manoj Punjabi dan Hanung Bramantyo
Pengarah : Hanung Bramantyo
Produksi : MD Productions

BARISAN PELAKON

Fedi Nuril sbg Prasetya
Laudya Cynthia Bella sbg Citra Arini
Raline Shah sbg Meirose
Reza Rahadian sbg Doktor Syarief
Sandrinna Michelle Skornicki sbg Nadia
Nora Danish sbg Sheila
Kemal Palevi sbg Amran
Tanta Ginting sbg Hartono
Keefe Bazli Ardiansyah sbg Akhbar
David Chalik sbg Ustaz Yusuf
Tasya Nur Medina sbg Medina
Vitta Mariana sbg Lia

SINOPSIS SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2

Mengisahkan tentang sepasang suami isteri Pras (Fedi) dan Arini (Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia (Sandrina) setelah isteri kedua Meirose (Raline) membawa diri. Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria utk mempromosikan bukunya. Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar (Keefe). Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah utk mula hidup baru demi melupakan masa lampau yg hampir menghancurkan rumahtangga Arini. Meskipun Meirose masih menyanjung dan menyintai Pras, tetapi dia tekad utk diceraikan. Namun, pertemuan semula dgn Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana wanita mulia itu mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras. Malah, kehadiran Doktor Syarief (Reza) dlm hidup Meirose turut menimbulkan tanda tanya. Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan akan mewarnai SYTD2.

              Image result for Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017)

              Image result for Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017)

Tags: #2017 #Dirindukan #Filem #Indonesia #Sinopsis #Surga #Yang

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "Sinopsis Filem Indonesia Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017)"

    Must read×

    Top