Sinopsis Filem Hijabsta Ballet

In Terkini 124 views

Hijabsta Ballet

Filem Hijabsta Ballet arahan Syed Zulkifli Syed Masir mengangkat tema keagamaan mengenai aurat wanita dan tarian balet. Filem kerjasama terbitan Explosive Magic Sdn Bhd dan Persatuan Sutradara Filem Malaysia ini mempertaruhkan bakat baharu iaitu Puteh Maimun Zahra selaku teraju utama. Turut menampilkan barisan pelakon baru dan lama iaitu Danny Syazlee, Afeera Rahman, Betty Benafe, Aida Khalida, dan Aman Graseka. Filem Hijabsta Ballet yg bakal ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos 2017. 
TAJUK : HIJABSTA BALLET
Tarikh Tayangan : 3 Ogos 2017
Genre : Drama
SKRIP : Top Ali, Zailan, Khalil, Syed Zulkifli Syed Masir
Pengarah : Syed Zul Toko (Syed Zulkifli Syed Masir)
Terbitan : Explosive Magic Sdn Bhd (EMAGIC) & Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM)
Pelakon : Puteh Maimun Zahrah, Betty Benafe, Aman Graseka, Aida Khalida, Danny Syazlee, Afeera Rahman, Keena Mentor
SINOPSIS HIJABSTA BALLET
Mengisahkan tentang masalah dan cabaran yg dihadapi oleh Adele Shakiri. Luaran Adele jauh dr bangsanya. Namanya tak menggambarkan Melayu, sebutannya pelat, bahasanya campur, pakaian balletnya bertentangan dgn pakaian bangsanya tetapi hatinya ingin dekat kpd bangsa dan agama.
Adele, remaja perempuan memegang teguh impian ibunya dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke akademi balle ternama di Rusia tetapi kemudian tiba-tiba membuat keputusan utk berhijab. Ibunya tak boleh nak larang, tapi hatinya remuk, patah, harapannya hancur bagai kaca yg berderai. Adele mendapat tentangan hebat apabila dia mahu menyatukan hijab dlm dunia balet. Dia hilang kawan, rakan selatihan menolak, keluarga berantakan. Dunia ballet menolaknya jauh, agamawan mendesaknya, ekstrimis mengancam mencederakannya. Oleh itu, dia telah membawa diri ke Perth, Australia namun tentangan yg dihadapinya lebih besar berbanding di negara sendiri.

Pelakon Hijabsta Ballet
Pelakon filem Hijabsta Ballet
OFFICIAL TRAILER

Tags: #Ballet #Filem #Hijabsta #Sinopsis

author
Author: 
    Pok Ya Cong Codei (Astro Citra)
    Pok Ya Cong Codei (Astro Citra)
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Sara Kirana
    Drama Sara Kirana
    Nantikan drama bertajuk Sara Kirana adaptasi drpada
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    DRAMA : PAPA NAK MENANTU  BERMULA :

    Leave a reply "Sinopsis Filem Hijabsta Ballet"

    Must read×

    Top