Sinopsis Filem Balun

In Terkini 44 views

Filem Balun

Filem aksi pertama arahan Bob Singah berjudul Balun bakal ditayangkan pd 17 Ogos 2017 di pawagam seluruh negara. Filem terbitan Elements Pictures Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon popular spt Beto Kusyairy, Izara Aishah, Wan Raja, Reen Rahim, Datuk Eizlan Yusof, Namron dan Allahyarham Datuk Aziz Singah dan ramai lagi. 
TAJUK : BALUN 
Tarikh Tayangan : 17 Ogos 2017
Genre : Aksi 
Pengarah : Bob Singah
Terbitan : Elements Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Beto Kusyairy, Izara Aishah, Wan Raja, Reen Rahim, Dato Eizlan Yusof, Namron, Allahyarham Datuk Aziz Singah, Saiful Zelwany, Henzi Andalas, Faiz Smartjitsu, Fasha Muar, Namron, Jasmine Asyraf, Ayie Mj, Amy, Chaoi Power, Nadia Randall, Akmal Edge, Ken Syouku,Farrd Fathul, Nadarajah, Roy Madada, Maisarah Zafirah, Yank Kassim, Afandi Ali
SINOPSIS FILEM BALUN 
Mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yg membuat keputusan utk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yg harus diselesaikan, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yg dicagarkan pd Orang Kaya Seman sebelum itu.
Setibanya Hassan di pekan Kamunting, Hassan terlibat dgn dua insiden iaitu yg pertama dgn kumpulan gangster yg dikejar polis dan keduanya diekori oleh kumpulan penyamun kampung yg berjaya ditumpaskan oleh Hassan semasa mereka  dalam cubaan merompak kedai serbaneka di sebuah stesen pam minyak.
Dalam adegan kejar mengejar itu, membawa Hassan ke kampung halamannya yg telah ditinggalkan hampir 17 tahun hingga memaksa Hassan memandu masuk ke kawasan rumah Tok Penghulu dan hampir terlanggar Nur Ain (Izara Aishah) yg sedang duduk di bangku bersama Munirah.
Bertindak atas kejadian itu, sekumpulan pesilat kampung yg diketuai oleh Uwais (Saiful Zelwany) yg sedang berlatih di halaman rumah Tok Penghulu meluru menyerang Hassan, tetapi dihalang oleh Tok Penghulu (Namron). Melihat akan wajah Tok Penghulu membuatkan Hassan begitu pasti bahawa dia telah sampai ke kampungnya, namun Nur Ain masih tak berpuashati terhadap Hassan walaupun permohonan maaf telah dibuat kerana Hassan hampir melanggarnya.
Kepulangan Hassan ke kampung tak disenangi oleh Orang Kaya Tuan Seman yg sememangnya berniat membunuh Hassan dan ayahnya 17 tahun lalu dgn niat mengambil kesempatan menukar nama pemilik tanah yg dimiliki oleh ayah Hassan ketika menyandarkan tanahnya seluas 13 ekar utk membuat pinjaman wang tunai dr Orang Kaya Seman. Tanah seluas 13 ekar itu diingini oleh Orang Kaya Seman kerana telah diketahui olehnya mempunyai Emas. Shaid Blond (Datuk Eizlan Yusof) yg merupakan ketua kumpulan gangster yg bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian ayah Hassan.
TRAILER RASMI 


Loading...

Tags: #Balun #Filem #Sinopsis

author
Author: 
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Tajuk : Lari hantu Lari Tarikh :
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Tajuk : Zahir Tak Terucap Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Opah Dot Com
    Sinopsis Telemovie Opah Dot Com
    Tajuk : Opah Dot Com Tarikh :

    Leave a reply "Sinopsis Filem Balun"

    Must read×

    Top