Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2

In Terkini 63 views
Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2
Sekuel kedua filem Abang Long Fadil akan mula ditayangkan di pawagam pd 24 Ogos ini. Selain Zizan Razak sbg watak utama, filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof ini turut dibintangi Syamsul Yusof, Tania Hudson, Dato AC Mizal, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu dan ramai lagi.
TAJUK : ABANG LONG FADIL 2
Tarikh Tayangan : 24 Ogos 2017
Genre : Aksi / Komedi
Pengarah : Syafiq Yusof
Terbitan : Skop Productions & Astro Shaw
Pelakon : Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato AC Mizal, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu, Tania Hudson, A. Galak, Mas Khan, Delima Watie, Hafiz Bahari
LAGU TEMA / OST
Tajuk : Senorita
Artis : Aiman Bakar feat Azmeel Safuan Hamid & Danish Iskandar
SINOPSIS ABANG LONG FADIL 2
Mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil yg mendapati dirinya terjerumus ke dunia mafia yg didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Namun masalah mula timbul apabila Fadil telah disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sbg pembunuh upahan yg dikenali sbg Tiger.
Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2
Masalah makin bertambah teruk apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL bernama Yana yg membuat liputan kes-kes pembunuhan yg dilakukan oleh Tiger. Kini Fadil terpaksa menjalani kehidupan sbg pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yg gila kuasa dan musuh ketat kpd Taji Samprit.
Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dlm perjalanan hidup Fadil sbg seorang pembunuh upahan. Hanya satu cara utk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger bg membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tak bersalah.
Berjayakah Fadil menempuh dugaan yg berlaku pd dirinya? Siapakah Tiger yg sebenar dan apakah misteri yg tersembunyi selama ini?
TRELER ABANG LONG FADIL 2

Loading...

Tags: #Abang #Fadil #Filem #Long #Sinopsis

author
Author: 
    Hijrah Di Ufuk Senja
    Hijrah Di Ufuk Senja
    Telefilem khas sempena Maal Hijrah bertajuk Hijrah
    Janji Allah (TV1)
    Janji Allah (TV1)
    RTM akan menyiarkan telefilem istimewa Maal Hijrah
    Telemovie Dosa Perempuan Lakonan Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah
    Telemovie Dosa Perempuan Lakonan Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah
    Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Perempuan arahan

    Leave a reply "Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2"

    Must read×

    Top