Sinopsis Drama Titian Cinta

In Terkini 46 views
Sinopsis Drama Titian Cinta
Tajuk : Titian Cinta
Mula Tayangan : Ogos 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 7.00 malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Zamriez Golden Pictures
Jumlah Episod: 28
Pelakon : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin
SINOPSIS TITIAN CINTA 
Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dgn nekad mahu menuntut janji yg pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yg menyesal dgn tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yg dilakukan oleh Sofia.
Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dgn tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
Pelbagai cara dilakukan oleh Harris utk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pd jodoh dan ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yg tak bertepi.
Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yg sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

Loading...

Tags: #Cinta #Drama #Sinopsis #TITIAN

author
Author: 
    Telemovie Mat So’od (2017)
    Telemovie Mat So’od (2017)
    SINOPSIS MAT SO’ODMat So’od merupakan penglipurlara di
    Movie Tombiruo Penunggu Rimba (2017)
    Movie Tombiruo Penunggu Rimba (2017)
    SINOPSIS TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBABerkisarkan dendam seorang lelaki
    Telemovie Bunga Lalang (2017)
    Telemovie Bunga Lalang (2017)
    SINOPSIS BUNGA LALANGMengetengahkan kisah sisi kehidupan seorang
    Drama Sedingin Cinta Antasya [2017]
    Drama Sedingin Cinta Antasya [2017]
    Barisan pelakon drama Sedingin Cinta Antasya di

    Leave a reply "Sinopsis Drama Titian Cinta"

    Must read×

    Top