Sinopsis Drama Seharum Mawar (TV1)

In Terkini 65 views
Sinopsis Drama Seharum Mawar (TV1)
Tajuk : Seharum Mawar
Mula Tayangan : 26 Mei 2017
Masa : Setiap Isnin-Ahad, 7.00 Malam
Siaran : Slot Widuri (TV1-RTM)
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Jumlah Episod: 30
Pelakon : Ika Nabila, Hafidz Roshdi, Fezrul Khan, Bil Azali, Jaslin Puasa, Atikah Suhaime, Usop Wilcha, Adam Lee, Noniswara, Aishah Atan, Putri Qaseh, Nafiez Zaidi, Aishah Atan
LAGU TEMA / OST SEHARUM MAWAR 
Lagu : Syah Qalam
Lirik :S.Amin Shahab
SINOPSIS SEHARUM MAWAR
Mengisahkan Mawar anak yatim piatu dipelihara oleh datuknya, Tokya. Mawar berjaya menerima tawaran menyambung pelajarannya ke universiti, namun dia tak dapat berbuat demikian lantaran kesempitan hidup. Tambahan pula Mawar tak mendapat sokongan drpada keluarganya. Hanya Tokya yg menyokongnya tetapi apakan daya Tokya sudah tua dan sakit.
Mawar berjaya mendapat 10A dlm SPM dan ditawarkan ke Universiti. Datuknya yg menjaga Mawar sejak kecil ingin sangat melihat Mawar sambung belajar. Walau bagaimanapun, himpitan kewangan telah tak memungkinkan perkara ini terjadi. Mawar tiada tempat utk mengadu kerana ibu dan ayahnya sudah tiada. Tokya menyara kehidupannya dgn menjadi pembantu di kedai runcit Abang Kamal. Anak-anak Tokya iaitu Senah, Nah dan Husin langsung tak menunjukkan simpati atau kasih sayang kpd Mawar.
Sementara itu di Kuala Lumpur, keluarga Puan Hafifa yg mempunyai tiga orang anak sedang mencari pembantu rumah.
Tokya semakin sakit. Mawar berasa simpati kpd datuknya dan mula menggantikan Tokya sbg pembantu di kedai Abang Kamal. Abang Kamal yg mempunyai isteri iaitu Sarah mula berminat utk mengambil Mawar sbg isteri keduanya. Mawar amat tertekan dan kecewa apabila dia mendapat tahu bahawa Mak Longnya yg merancang agar Abang Kamal mengahwininya. Tekanan Mawar semakin hebat apabila Tokya meninggal dunia dan dia sudah tiada sesiapa lagi utk bergantung harap. Akhirnya Mawar mengambil keputusan utk pergi mencari kehidupannya di Kuala Lumpur.
Mawar diterima menjadi orang gaji di rumah Puan Hafifa dan Tuan Jamal. Rumah itu dihuni juga oleh Farhan, Amin dan menantu mereka Syakir yg lumpuh. Selain itu, seorang kanak-kanak perempuan anak kpd Syakir yg bernama Anggerik juga tinggal di rumah itu. Mawar menjadi orang gaji yg sangat rajin dan mula disukai oleh keluarga majikannya. Mawar menghadapi pelbagai kerenah penghuni rumah orang kaya itu. Syakir seorang yg pemarah kerana kecacatannya. Farhan pula sombong. Manakala Amin pula sedang sibuk bercinta dgn Syirin.
Mawar tetap bertahan. Anggerik yg tiada beribu juga telah mula menyayangi Mawar kerana layanan Mawar yg sangat ikhlas itu. Manakala di kampung pula, Abang Kamal tetap menantikan kepulangan Mawar dan mencetuskan pertengkaran antara dia dan isterinya.
Kehidupan Mawar di rumah itu berjalan spt biasa. Malahan keikhlasan Mawar bekerja di sini telah membawa sedikit perubahan kpd seluruh ahli keluarga majikannya. Syakir mula boleh menerima Mawar di situ. Amin berkomunikasi baik dgn Mawar. Anggerik dilayan dgn baik dan manja.
Hanya Farhan yg masih berdegil, berfoya-foya dan sombong. Malah Farhan sering mencari pasal utk memarahi Mawar. Puan Hafifa juga sering memperkatakan tentang kebaikan perangai orang gajinya kpd pelanggan-pelanggan di SPAnya. Dalam keadaan yg tenang itu sebenarnya Mawar tetap merintih hatinya dan sering teringatkan datuknya Tokya. Mawar tetap redha. Lalu apakah kesudahan jalan hidup Mawar? 

Loading...

Tags: #Drama #Mawar #Seharum #Sinopsis

author
Author: 
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    KAKAK IPARKU MEMANG WINIrfan tak sabar menunggu
    Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong
    Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong
    Nantikan drama adaptasi novel Awak Suka Saya
    Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)
    Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)
    Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29)
    Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak
    Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak
    Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula

    Leave a reply "Sinopsis Drama Seharum Mawar (TV1)"

    Must read×

    Top