Sinopsis Drama Sape Dari Itali (TV2)

In Terkini 265 views
NANTIKAN drama bersiri terbaru yg berjudul ‘Sape Dari Itali’ yg akan mula ditayangkan pd 23 Mac ini di TV2. Dibarisi pelakon spt Nadia Brian, Syafie Naswip, dan Beego. Drama terbitan Bright Network Sdn Bhd arahan Hazali Haji Ramli. Disiarkan setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 9 malam menerusi slot Selekta Prima saluran TV2.

JUDUL: SAPE DARI ITALI
EPISOD: 26 episod
TARIKH TAYANGAN: 23 Mac 2017
HARI / MASA: Selasa-Khamis, 9 Malam
SIARAN: Slot Selekta Prima TV2
PENGARAH: Hazali Haji Ramli
TERBITAN: Bright Network Sdn Bhd
PELAKON: Syafie Naswip, Nadia Brian, Beego, Geoff Andre Feyaerts, Shakilla Khoriri, Sherie Merlis, Mahmud Ali Bashah, Liza Zain, Zarynn Minn, Puteri Adrianna, Ain Zahalan

WATAK PELAKON
Syafie Naswip sbg Zamani
Nadia Brian sbg Lisandra
Beego sbg Haris
Geoff sbg Alexandro

SINOPSIS SAPE DARI ITALI

Mengisahkan perjalanan watak gadis dr Itali, Lisandra sedang menyiapkan tesis PhD mengenai ‘Pencemaran Air.’ Ibunya, wanita Itali yg telah berkahwin dgn lelaki dr Malaysia tetapi telah terpisah selama 27 tahun. Sebelum meninggal dunia ibunya meminta Lisandra mencari bapanya di Sarawak, Malaysia. Lisandra akur kehendak ibunya dan datang ke Malaysia. Namun dia tak keseorangan apabila bekas kekasihnya Alexandro mengikutinya dgn alasan mahu memujuk Lisandra kembali kpdnya. Ternyata Alexandro kembali mengulangi kesalahannya curang dgn gadis lain dan akhirnya pulang ke Itali bila ditolak oleh Lisandra.

Sementara itu Zamani tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Zamani amat menyayangi ibunya tetapi tak suka kpd bapa tirinya yg sering mendera ibunya. Bapa tiri Zamani adalah seorang pengedar dadah dan juga seringkali diupah utk membuang bahan toksik kilang ke dlm sungai. Zamani bersahabat dgn Haris. Haris adalah seorang lelaki yg pandai ‘mengayat’ wanita. Lisandra pula sewaktu berada di chalet seringkali teringatkan ibunya terutama ketika beliau bermain Sape yg diberikan ibunya kpd dia.

Dalam usaha menyiapkan tesisnya, Lisandra telah terlibat dlm menyelesaikan masalah pembuangan bahan kimia bertoksik di sungai di Pantai Timur. Dia bertemu dgn Zamani dan mula berkawan. Hubungan itu juga disenangi oleh ibu Zamani, Haiza. Zamani membawa Lisandra yg ingin membeli batik ke butik Saharul. Saharul terpegun memandang wajah Lisandra yg mirip wajah isterinya dulu.


Carian Berkaitan

sape dari itali, sinopsis sape dari itali, Cerita tv2

Tags: #Dari #Drama #Itali #Sape #Sinopsis

author
Author: 
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    DRAMA : PAPA NAK MENANTU  BERMULA :
    Jodoh Tak Salah Alamat (TV3)
    Jodoh Tak Salah Alamat (TV3)
    Saksikan telefilem Jodoh Tak Pernah Salah Alamat
    Peserta Gegar Lawak 2018
    Peserta Gegar Lawak 2018
    Program realiti pertandingan pencarian bakat lawak terbaharu
    Program Bintang Bersama Bintang (2018)
    Program Bintang Bersama Bintang (2018)
    Program hiburan Bintang Bersama Bintang kembali dgn

    Leave a reply "Sinopsis Drama Sape Dari Itali (TV2)"

    Must read×

    Top