Sinopsis Drama Mr Hijab

In Terkini 918 views
Sinopsis Drama Mr Hijab
Tajuk : Mr Hijab
Mula Tayangan : 17 Oktober 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 6.30 ptg
Siaran : Slot Iris TV3
Terbitan : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Jumlah Episod: 24
Pelakon : Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Wan Sharmila, Shiqin Kamal, Fadilah Mansor, Didie Alias, Nadiyah Shahab
SINOPSIS DRAMA MR HIJAB
Shaarnaz membawakan watak sbg Rem, yg tak hanya kacak malah sungguh arif dlm penggayaan hijab yg menarik minat para pelanggan di butik milik Fazira yg dilakonkan oleh Nabila Huda. Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan utk membuka butik berkonsep muslimah, setelah berkahwin dgn ustaz muda bernama Syamiel (Hafiz Hamidun). Fazira mula mencari lokasi butik yg menjadi tumpuan orang ramai dan juga vendor-vendor yg bersesuaian dgn imej butik muslimahnya. Dengan populariti yg Fazira miliki, ramai yg menawarkan diri utk menjadi vendor. 
Penjual pakaian muslimah atas talian yg terkenal, Bienda (Shiqin Kamal) berminat utk berminat utk menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya. Begitu juga dgn Datin Lela (Didie Alias), walaupun sudah mempunyai beberapa buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik Fazira mempunyai potensi utk dia mengembangkan lagi bisnesnya. Daripada awal, Datin Lela dan Bienda tak sefahaman. Kerapkali mereka berbalah mengenai perkara yg remeh temeh. Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna (Wan Sharmila), yg baharu menjinakkan diri dlm bisnes penjualan tudung utk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi.
Sementara itu, Rem yg membantu ibunya atau lebih mesra dipanggil Kak Chik mencadangkan ibunya utk mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira. Kak Chik (Datin Fadhilah Mansor) teruja tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira menolak kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan. Kak Chik pulang dgn hampa namun Rem tetap tak berputus asa. Dia mempunyai rancangan lain utk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat mencari ibunya. Ternyata kata-kata Rem memang benar, apabila Fazira menawarkan Kak Chik ruang sbg salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai. Rem mengatur strategi yg lebih hebat lagi utk emaknya itu. 
Malang menimpa, Kak Chik diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih tugas emaknya. Mempunyai wajah yg kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan wanita di butik Fazira. Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri utk mendapatkan Rem. Tertarik utk melihat bagaimana Sharnaaz menggayakan pelbagai gaya tudung dlm Mr. Hijab?

Carian Berkaitan

sinopsis mr hijab, drama mr hijab, mr hijab sinopsis, lagu ost mr hijab

Tags: #Drama #Hijab #Sinopsis

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "Sinopsis Drama Mr Hijab"

    Must read×

    Top