Sinopsis Drama Mandatori

In Terkini 137 views
Sinopsis Drama Mandatori
Tajuk : Mandatori
Mula Tayangan : 14 Disember 2017
Masa : Setiap 
Siaran : Astro First Eksklusif saluran 480 
Terbitan : Astro
Jumlah Episod : 6
Pelakon : Aeril Zafrel, Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Chong, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah
SINOPSIS MANDATORI 
Mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (Aeril Zafrel) yg menyiasat kes pembunuhan bersiri yg dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yg berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yg dijalankan Norman akan membawa beliau kpd sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yg beliau kenal mati dibunuh dgn kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yg sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yg mana ada ketikanya dijumpai dlm bahagian badan si mati.
Dalam kesibukan Inspektor Norman menjalankan penyiasatan dgn rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (Alvin Chong), beliau berkenalan dgn Juliana (Siti Saleha) yg merupakan anak kpd salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (Dato’ Ahmad Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kpd beberapa kes jenayah yg berlaku. Norman mula menyukai Juliana namun pelbagai dugaan yg berlaku menyukarkan lagi keadaan. Apa yg akan jadi seterusnya? Siapakah dalang di sebalik kes pembunuhan bersiri yg berlaku? 

Carian Berkaitan

lagu tema drama mandatori

Tags: #Drama #Mandatori #Sinopsis

author
Author: 
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin Nama Komersil:
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Sinopsis Drama Mandatori"

    Must read×

    Top