Sinopsis Drama Khabar Dari Casablanca

In Terkini 72 views
Khabar Dari Casablanca

Tajuk : Khabar Dari Casablanca
Mula Tayangan : 2 Ogos 2017
Masa : Setiap Selasa-Khamis, 8.30 malam
Siaran : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
Terbitan : Uno Media Production
Jumlah Episod: 26
Pelakon : Remy Ishak, Uqasha Senrose, Sasqia Dahuri, Riz Amin, Disha, Intan Najuwa, Aida Khalida, Ahmad Fauzi, Manan Sulaiman, Yan Ibrahim, Shafiq Sumari
SINOPSIS KHABAR DARI CASABLANCA
Kisah pasangan suami isteri, Farhan dan Nadia yg menetap di Casablanca, Maghribi. Disana Farhan bekerja sbg juruterbang. Mereka kemudiannya mendapat khabar gembira Nadia hamil dan berita gembira itu dikongsikan dgn keluarga masing-masing di Malaysia iaitu En.Zul dan Zaleha, keluarga Farhan dan Datuk Iskandar dan Datin Amnah, keluarga Nadia.
Farhan terkejut bila Nadia memutuskan utk pulang ke Malaysia dan Farhan tanpa rela terpaksa mengizinkannya. Ia pastinya berita baik bg Filzah yg sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farhan utk membalas dendam terhadap Nadia walaupun dia telah berkahwin dgn Amir dan memiliki anak bernama Edham. Lakonan Filzah pura-pura berbaik-baik dgn Nadia menjadi hingga Nadia tak perasan sedikit pun niat jahatnya.
Tidak lama di tanah air, Nadia dan keluarganya dikejutkan dgn berita pesawat dipandu Farhan terhempas dan pencarian mayat dan pesawat gagal kerana dikhuatiri tertimbus akibat rebut pasir. Nadia menyalahkan diri sendiri kerana meninggalkan Farhan di Casablanca dan fikirannya mulai terganggu. Apatahlagi bila Nadia menggunakan kesempatan yg ada menambah tekanan perasaannya.
Keadaan Nadia makin bercelaru dan dia beranggapan Farhan masih hidup. Keluarganya risau apatahlagi mengenangkan Nadia yg sedang berbadan dua. Nadia mula mengirim email kpd Farhan setiap hari dan menantikan balasan email suaminya itu. Keluarga merancang mengubati tekanan perasaan Nadia membawanya berjumpa pakar psikiatri. Sementara itu Filzah mula melagakan Nadia dgn adik iparnya, Sharina.
Mereka kemudiannya mendapat perkhabaran terkini bahawa Farhan terselamat dlm kemalangan pesawat terhempas. Dia diselamatkan oleh penduduk tempatan bernama Umar. Namun Farhan hilang ingatan. Dia kemudiannya meneruskan kehidupan sbg ‘Khabar’ dan berkerja sbg pemandu pelancong. Dengan identiti barunya itu dia mengenali Karima dan mereka kemudiannya berkahwin.
Nadia pula gembira menerima balasan email drpada suaminya tanpa menyedari itu muslihat Filzah utk membalas dendam terhadapnya. Nadia menerima tekanan hebat bila suaminya itu tak muncul spt dijanjikan dlm email. Dia jatuh pengsan dan disahkan keguguran.
Dengan bantuan seorang wartawan, Khabar dibawa pulang ke Malaysia dan keluarganya mahu ujian DNA dilakukan ke atasnya bg membuktikan mereka individu yg sama. Keputusan dikeluarkan hakikat itu diterima walaupun memeritkan.
Sementara itu Khabar yg pulang semula ke Morocco kemalangan dan kepalanya terhantuk dgn kuat. Dia kembali ingat identiti dirinya sbg Farhan. Ini menimbulkan kesedihan pd Karima kerana suaminya itu pasti ingin kembali kpd Nadia.
Farhan pulang ke Malaysia bersama Karima ingin menemui Nadia. Nadia kecewa mendapat tahu suaminya telah berkahwin lain menerusi gambar disebarkan oleh Filzah. Malah menambah luka di hati Nadia bila Filzah juga menghebohkan Karima hamil. Karima mengambil keputusan pulang ke Casablanca dan melahirkan anak di sana. Dia tak mahu menjadi penghalang kebahagiaan Farhan dan Nadia. Farhan yg mulanya menentang terpaksa akur dgn permintaan Karima.
Pergerakan Filzah dicurigai Amir dan mula menyiasat ‘kejahatan’ dilakukan isterinya itu. Kemuncaknya bila kesilapan dilakukan Filzah utk meracuni Nadia telah terkena pd Edham menyebabkan Edham disahkan mengalami terencat akal kerana ubat yg ingin diberikan Filzah kpd Nadia. Terkejut dgn kenyataan itu Filzah pula mengidap sakit jiwa kerana rasa bersalah terhadap anaknya.
Nadia yg sedar kesilapannya mengajak Farhan ke Casablanca melawat Karima yg sudah mahu melahirkan. Namun apakah kesudahannya? Adakah mereka akan bahagia hidup bermadu atau salah seorang drpada mereka berkorban demi kebahagiaan Farhan?

Loading...

Tags: #Casablanca #Dari #Drama #Khabar #Sinopsis

author
Author: 
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya
    Telefilem Negaraku 16 September (2017)
    Telefilem Negaraku 16 September (2017)
    SINOPSIS NEGARAKU 16 SEPTEMBERMengisahkan antara seorang pemimpin
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    KAKAK IPARKU MEMANG WINIrfan tak sabar menunggu

    Leave a reply "Sinopsis Drama Khabar Dari Casablanca"

    Must read×

    Top