Sinopsis Drama Gaduh-Gaduh Sayang

In Terkini 275 views
Sinopsis Drama Gaduh-Gaduh Sayang
Tajuk : Gaduh-Gaduh Sayang
Mula Tayangan : 1 Julai 2017
Masa : Setiap Sabtu & Ahad, 7.00 Malam
Siaran : TV1 (RTM)
Terbitan : Medyavizyon Sdn Bhd
Jumlah Episod: 26
Pelakon : Shukri Yahaya, Nur Risteena, Riz Amin, Zarynn Min, Shima Anuar, Moer Mohd, Kenji Sawahi, Fazlina Hj. Ahmad Daud, Abdul Manan Hj. Sulaiman, Hashimah Muhamad Zaki, Meor Mohd, Adrian Edy
SINOPSIS GADUH-GADUH SAYANG
Mengisahkan Lady Lee Syazana yg baru pulang ke Malaysia setelah tamat pembelajaran perubatan di Jakarta, dan kepulangannya tak diketahui kedua ibu bapanya. Yang tahu hanya setiausaha bapanya, Mira. Syazana mahu berehat seketika sebelum memberitahu orang yg dia sebenarnya sudah pulang. Apabila Mira melihat Syazana, dia sedikit terkejut, kerana kali terakhir dia berjumpa dgn Syazana dulu, Syazana adalah seorang yg gemuk dan tak menarik.
Rafiqi Rayyan pula didesak dgn masalah kewangan syarikat bapanya. Dato Sabri dan Datin Sofea merasa kalaulah Rafiqi boleh berkahwin dgn anak orang yg sama kaya, mungkin keluarga isteri Rafiqi boleh bantu melabur dlm syarikat dia. Akhirnya, Dato Sabri dan Datin Sofea memujuk Rafiqi utk berkahwin dgn anak kenalan mereka, Dato Lee dan Datin Helena.
Sementara itu, pertemuan beberapa kali antara Rafiqi dan Syazana selalu dlm keadaan bermasalah dan sering menimbulkan perkelahian mereka berdua. Setiap kali berjumpa, ada saja yg tak kena sama ada dgn sengaja atau tak sengaja.
Syazana bengang apabila dia dapat tahu yg dia akan dikahwinkan oleh bapanya. Dia mula membuat satu rancangan agar idea utk kahwin itu gagal. Dia pulang ke rumah memakai sut gemuk, membuatkan ibunya Datin Helena dan bapanya Dato Lee terkejut dan risau sekiranya keluarga Dato Sabri tak bersetuju. Tetapi lebih memeranjatkan mereka adalah apabila Rafiqi yg dikatakan ‘kacak’ itu, tiba dgn perut boroi dan gigi yg jongang.
Rupanya Rafiqi juga mempunyai rancangan menukar identiti asal dgn alasan utk mengenali sama ada bakal isterinya nanti benar-benar ikhlas atau berkahwin kerana rupa dan harta.
Bermulalah episod perkenalan Rafiqi ‘jongang’ dan Syazana ‘gemuk’. Pelbagai insiden mencuit hati berlaku sepanjang perkenalan dlm samaran mereka ini. Akhirnya, rahsia mereka terbongkar dan wajah sebenar masing-masing dapat dilihat. Rafiqi dan Syazana tak menyangka mereka telah saling mengenali tapi dlm beberapa insiden perkelahian sebelum ini. Rancangan utk cuba mensabotaj perkahwinan sendiri gagal. Mereka akhirnya dikahwinkan juga.
Perkahwinan Syazana dan Rafiqi bermula dgn rasa kurang senang apabila bekas teman lelaki Syazana (Aiman) dan bekas teman wanita Rafiqi (Qistina muncul semula). Lebih mengharukan adalah apabila Rafiqi dapat tahu yg Qistina juga merupakan teman baik Syazana sewaktu di sekolah dahulu.
Aiman cuba utk utk memujuk Syazana supaya memaafkan dia sebab memutuskan pertunangan dulu. Dan Qistina juga masih lagi menaruh harapan pd Rafiqi, dan dia tahu yg Rafiqi masih belum boleh melupakan dia memandangkan Qistina adalah cinta dia dr zaman persekolahan dulu. Terdahulu, ibu Rafiqi telah memisahkan Qistina dgn Rafiqi menyebabkan Qistina melarikan diri ke luar negara. Ini menjadi rahsia yg disimpan oleh Qistina utk memberitahu Rafiqi apabila sampai masanya nanti dgn niat utk merebut kembali Rafiqi drpada kawan baiknya Syazana. Situasi hubungan dgn bekas kekasih masing-masing menimbulkan rasa tak senang dan pertelingkahan dlm rumahtangga yg baru dibina oleh Syazana dan Rafiqi.
Qistina berpakat dgn Danny, setiausaha Rafiqi, yg dlm diam juga menaruh minat pd Syazana. Bagi Danny, sekiranya dia berkahwin dgn Syazana, hidup dia akan lebih terjamin dan dgn mudah dia akan dapat mentadbir syarikatnya sendiri. Qistina dan Danny membuat rancangan bagaimana utk memisahkan Syazana dan Rafiqi.
Pelbagai cara dan helah dilakukan Qistina dan Danny utk membuatkan mereka berpisah hingga akhirnya usaha itu menjadi kenyataan bila Syazana dan Rafiqi benar-benar bercerai atas desakan orang di sekeliling.
Namun rahsia jodoh sememangnya milik Allah. Walaupun berlaku banyak perkara dan fitnah tetapi mereka tetap bersatu bila kebenaran terbongkar. Syazana tak teragak-agak lagi lalu memberi amaran dan menampar Qistina kerana cuba merosakkan hubungannya dgn Rafiqi. Apakah yg kembali menyatukan Rafiqi dan Syazana sbg suami isteri?

Carian Berkaitan

sinopsis gaduh gaduh sayang, gaduh gaduh sayang sinopsis, sinopsis drama gaduh gaduh sayang, senopsis drama gaduh gaduh sayang

Tags: #Drama #GaduhGaduh #Sayang #Sinopsis

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi
    Sinopsis Telemovie Gadis Kosmos
    Sinopsis Telemovie Gadis Kosmos
    Tajuk : Gadis Kosmos Tarikh : 9

    Leave a reply "Sinopsis Drama Gaduh-Gaduh Sayang"

    Must read×

    Top