Sinopsis Drama Dia Segala-Galanya

In Terkini 19 views
Sinopsis Drama Dia Segala-Galanya
Tajuk : Dia Segala-Galanya
Mula Tayangan : 12 Oktober 2017
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, Jam 10.30 malam
Siaran : TV1 (RTM)
Terbitan : XSense Studios Sdn Bhd
Jumlah Episod : 13
Pelakon : Uqasha Senrose, Talha Harith, Arief Farhan, Ezaty Abdullah, Dato’ Eizlan Yusuf, Shazia Rozaini, Aleza Shadan, Mak Wan, Yus Waisar
SINOPSIS DIA SEGALA-GALANYA
Kisah sebuah keluarga yg penuh dgn rahsia yg tersimpan lama apabila anak lelaki mereka jatuh cinta terhadap seorang gadis yg menjadi anak angkat mereka sejak dr kecil lagi.
Suraya hadir dlm keluarga Datuk Rashid dan Datin Rafidah, namun kehadiran Suraya tak dapat diterima oleh Faizul. Sementelah Datin Rafidah tak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kpd Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dlm keluarganya. Begitu juga dgn Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sbg adik bongsunya.
Kecuali Faizul. Dia tak dapat menerima kehadiran Suraya dlm keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dgnnya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.
Suraya tak faham mengapa Faizul begitu dingin dgnnya. Tambahan pula lelaki itu tak pernah memanggilnya dgn panggilan adik sptmana yg selalu digunakan oleh ahli keluarganya yg lain.
Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yg tahu apa yg tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.
Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?

Tags: #Drama #SegalaGalanya #Sinopsis

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "Sinopsis Drama Dia Segala-Galanya"

    Must read×

    Top