Sinopsis Drama Coklat (TV1)

In Terkini 68 views
Sinopsis Drama Coklat (TV1)
Tajuk : Coklat
Mula Tayangan : 11 September 2017 
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 10.30 malam
Siaran : TV1
Terbitan : Rumah Karya Citra
Jumlah Episod: 13
Pelakon : Tunku Hanis, Remy Ishak, Fathia Latif, Tunku Hanis, Fezrul Khan, Nur Qistina Raisah, Muhammad Danish Razriq, Hawa Khadeejah

SINOPSIS COKLAT 
Mengisahkan Mira yg menjanda sudah hampir 6 tahun ketika mengandungkan Maya. Suaminya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sejak itu Mira menjadi ayah dan ibu kpd Maya. Mira belajar membuat coklat dan mata pencariannya adalah mengambil tempahan coklat. Maya tak pernah dapat mengenali ayahnya.
Yamin pula berkerja sbg guru. Isterinya meninggalkannya kerana mengikut bekas kekasihnya. Sejak itu dia tak lagi percayakan perempuan. Anaknya Iyad sangat nakal. Dia langsung tak pernah takutkan sesiapa kecuali ayahnya sahaja. Iyad selalu membuat hal samada di sekolah atau dgn jiran-jiran di rumah.
Sementara itu Munir dan Hamra kahwin atas dasar cinta tetapi tak mendapat restu dr keluarga Hamra kerana Munir hanyalah pembawa lori. Entah kenapa Hamra begitu tergila-gilakan Munir sampai sanggup tinggalkan keluarga.
Munir dan Hamra baru pindah di kawasan perumahan Yamin dan Mira. Mereka semua berjiran namun Munir tak suka bergaul. Coklat buatan Mira popular dlm kalangan kanak-kanak dikawasan itu kerana itu mereka selalu bermain berdekatan dgn rumah Mira dgn harapan dapat coklat dr Mira.
Maya dan Iyad pula berkawan baik. Walaupun selalu bergaduh tapi mereka rapat. Maya selalu pertahankan Iyad apabila Iyad dibuli oleh Castello. Dalila pula agak kesunyian bila baru pindah di taman perumahan itu. Namun Maya dan Iyad selalu menemani Dalila hingga mereka menjadi kawan baik.

Tags: #Coklat #Drama #Sinopsis

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Sinopsis Drama Coklat (TV1)"

    Must read×

    Top