Sentiling Nanas

In Makanan 69 views

Sentiling Nanas

Bahan-bahan 
500 gram parutan ubikayu (tapis airnya)
125 gram gula pasir
100 gram nenas parut (tapis airnya)
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh esen nenas (optional)
Pewarna kuning dan hijau

Loyang 7 x 3 in – alas plastik tahan panas

Penyediaan :

  1. Satukan parutan ubi, gula, nenas, garam dan esen.  Gaul rata dan bahagi kpd 2 bahagian sama banyak.
  2. Satu bahagian di letak pewarna kuning dan satu lagi di letak pewarna hijau.
  3. Ratakan adunan kuning dan kukus selama 15 minit.  Angkat dan cakar permukaannya dgn garfu.
  4. Kemudian ratakan pula adunan hijau dan kukus lagi selama 15 minit hingga masak.
  5. Sejukkan sebentar, potong dan golekkan ke atas kelapa parut kukus.

Kelapa Parut Kukus
150 gram kelapa parut kasar
1 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Satukan semua bahan dan kukus selama 15 minit.


Sentiling Nanas

Tags: #Nanas #Sentiling

author
Author: 
    RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP
    RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP
    RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP
    RESEPI NASI TOMATO
    RESEPI NASI TOMATO
    RESEPI NASI TOMATO BAHAN NASI 4 cawan
    Swissroll Cinta Hati
    Swissroll Cinta Hati
    Swissroll Cinta Hati Bahan Adunan Hati85 gm
    Cucur Spiral Spaghetti
    Cucur Spiral Spaghetti
    Cucur Spiral SpaghettiBahan-bahan100 gm spiral spaghetti San

    Leave a reply "Sentiling Nanas"

    Must read×

    Top