Senaman Untuk Mata

In Gaya Hidup 88 views

Senaman Mata

senaman utk mata supaya tak sakit dan rabun

Pernahkah anda pernah mendengar tentang senaman mata? Bunyinya janggal bukan?

Hakikatnya, banyak orang tak mengetahui mata juga memerlukan senaman selain drpada

mengambil makanan yg sihat dan seimbang utk penglihatan yg baik. Senaman mata

juga boleh mengekalkan kefleksibelan otot mata kita.

Cara-cara :

1. Duduk di atas kerusi dgn selesa. Gosok kedua-dua tapak tangan hingga berasa

panas. Tutup mata anda dan letakkan kedua-dua tapak tangan pd mata. Jangan

tekan bola mata anda. Pastikan tiada cahaya memasuki mata. Pastikan juga tiada

ruang kosong di antara jari-jari atau di antara tepi tapak tangan dan hidung.

Bayangkan kegelapan yg dlm dan fokus pd kegelapan tersebut. Tarik nafas

perlahan-lahan sambil memikirkan peristiwa yg menggembirakan anda . Selepas

mata anda melihat hanya kegelapan sahaja, angkat tapak tangan anda drpada

mata . Ulang cara tersebut utk 3 minit atau lebih.

2. Tutup mata anda dgn rapat selama 3-5 saat . Kemudian , buka mata selama 3-5

saat juga. Ulang proses ini sebanyak 7 atau 8 kali.

3. Tutup mata anda dan urut kelopak mata dgn memusing-musingkan jari anda

selama 1-2 minit. Pastikan mengurut dgn lembut supaya mata anda tak sakit.

4. Dengan menggunakan kedua-dua tangan, tekan 3 jari pd setiap tangan pd

kelopak mata atas dan biarkan selama 1-2 saat. Kemudian, lepaskan jari. Ulang

sebanyak 5 kali.

5. Duduk dan bertenang. Pusingkan bola mata anda mengikut arah jam dan kemudian

lawan arah jam. Kelipkan mata anda setiap kali menukar arah. Ulang sebanyak 5 kali.

6. Duduk lebih kurang 20 cm drpada tingkap. Buat satu tanda di atas kaca tingkap

pada aras mata ( boleh gunakan pelekat yg berwarna gelap ). Lihat melalui tanda

ini dan fokus pd objek yg jauh selama 10-15 saat. Kemudian, fokus pd tanda

itu semula.

7. Pegang sebatang pensel di hadapan anda pd jarak 1 lengan . Gerakkan lengan anda

perlahan-lahan ke arah hidung dan ikut pergerakan pensel dgn mata anda

sehingga anda fokus pd objek . Ulang sebanyak 10 kali.

8. Lihat dinding di hadapan anda dan berpura-pura menulis dengan menggunakan mata

tanpa memalingkan kepala anda. Ia mungkin sukar pd mulanya, tetapi dgn

membanyakkan latihan, ia memang menyeronokkan. Semakin besar huruf, semakin

baik kesannya kpd mata anda.

9. Bayangkan anda berdiri di hadapan jam yg amat besar. Pandang pd bahagian

tengah jam. Kemudian pandang pd sebarang nombor pd jam tanpa

memalingkan kepala. Pandang semula di bahagian tengah. Kemudian, pandang pula

pada nombor yg lain. Lakukan ini sekurang-kurangnya 12 kali. Anda juga boleh

melakukan senaman ini dgn memejamkan mata.

10. Fokus pd objek sejauh 50 m utk beberapa saat . Secara perlahan-lahan , fokus

semula mata anda pd objek berdekatan iaitu kurang drpada 10 m pd arah yg

sama. Fokus selama beberapa saat dan kembali semula kpd objek yg jauh.

Ulang sebanyak 5 kali.

11. Fokus pd satu objek yg jauh iaitu sejauh mana yg boleh dgn latar belakang

yang tak banyak berbeza. Lakukan ini utk beberapa minit setiap setengah jam.

Cara ini tak membaiki penglihatan anda. Walau bagaimanapun, ia boleh

mengekalkan tahap penglihatan yg terbaik pd waktu siang dan menghalang

kemerosoton penglihatan yg jauh .


Carian Berkaitan

duduk bertenang

Tags: #Mata #Senaman #Untuk

author
Author: 
    Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.
    Kepentingan dan Cara utk Memupuk Imej Tubuh yg Positif.
    Kita sering dihidangkan dgn kesempurnaan di media
    Kebaikan dan Manfaat Meditasi
    Kebaikan dan Manfaat Meditasi
    “Dalam meditasi, penyembuhan boleh berlaku. Bila minda
    Cara Makan Buah-Buahan yg Betul
    Cara Makan Buah-Buahan yg Betul
    Anda suka makan buah-buahan?  Tahukah anda cara
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    4 Sebab Kenapa Bawang Putih Perlu Menjadi Rencah Wajib Dalam Hidangan
    Puas kita mencari pelbagai ubat-ubatan dan makanan

    Leave a reply "Senaman Untuk Mata"

    Must read×

    Top